30 March 2013

MOTIVASI DIRI - Bertanya dan Menjawab Secara Jelas dan Spesifik





BERTANYA DAN MENJAWAB SECARA JELAS DAN SPESIFIK

Oleh Faudzil Harun





Bertanya Soalan

Kerap kali orang bertanya soalan yang tidak jelas atau kurang spesifik.


● Tujuan bertanya soalan adalah untuk semakan dan pengesahkan kefahaman.  

● Bertanya soalan yang betul akan menghasilkan jawapan yang betul.

● Bertanya 1 soalan yang tidak jelas dan spesifik akan membuat anda 

   menerima 10 soalan balas.



Soalan yang spesifik meliputi :

Apa?
apa secara spesifik (apa yang berlaku?, apa yang boleh? dsb.)
● apa seterusnya?, apa lagi? ……

Dimana?
● dimana secara spesifik (depan?, belakang?, kanan?, kiri? dsb.)
● dimana lagi?, dimana anda? …....

Bila?
● bila secara spesifik (hari?, waktu? semasa bertugas?, siang? malam? dsb.)
● bila bermula / berakhir?, bila mendapat tahu?, bila boleh tahu? ……

Mengapa?
● mengapa secara spesifik (mengapa berlaku?, mengapa berlaku lagi? dsb.)
● mengapa tidak? mengapa itu dan ini ….. untuk mencari penyebab / punca 

   asas.

Bagaimana?
● bagaima secara spesifik (bagaimana terjadi?, bagaimana mendapat tahu? 

   dsb.)
● bagaimana untuk …?, jika …? dsb.

Berapa?
● berapa secara spesifik (berapa ramai?, berapa kali, berapa harga? dsb.)

Siapa?
siapa lihat?, siapa terlibat?, siapa tahu?, siapa lakukan?, siapa bayar?, 
   siapa lagi?


Menjawab Soalan


Ramai orang sering menjawab secara mudah dan ringkas dan membuatkan orang yang bertanya soalan perlu bertanya semula atau bertanya beberapa kali untuk mendapatkat jawapan yang dikehendaki.

Contoh Soalan - Bertanya Alamat

Pertanyaan 1  :  Dimana anda tinggal?

Jawapan 1  :  Selangor.

Pertanyaan 2  :  Kuala Lumpur di mana?

Jawapan 2  :  Gombak.

Pertanyaan 3  :  Gombak sebelah mana?

Jawapan 3  :  Taman Seri Gombak.

Pertanyaan 4  :  Jalan apa?

Jawapan 4  :  Jalan TSG 3

Pertanyaan 5  :  Rumah nombor berapa?

Jawapan 5  :  No. 20


Jika orang yang bertanya "apa alamat rumah kamu"? orang yang menjawab akan berkata No. 20, Jalan TSG 3, Taman Seri Gombak, Selangor.

Kedua-dua orang yang tidak bertanya dan menjawab soalan secara jelas dan spesifik terpaksa bertanya dan menjawab 5 kali hanya untuk mendapat jawapan alamat yang tepat.

Latih diri untuk bertanya soalan yang jelas dan spesifik dan anda akan membangunkan kemahiran komunikasi secara berkesan dan menjimatkan banyak masa.



Selamat Berusaha dan Selamat Maju Jaya