21 March 2013

KEPIMPINAN - Memahami Motivasi






MEMAHAMI MOTIVASI

Oleh Faudzil Harun



Apa itu Motivasi?

Istilah motivasi berasal dari perkataan latin “movere” yang bermaksud “bergerak”. Motivasi merupakan suatu proses mendorong minda dan hati untuk bertindak. Tahap  motivasi menentukan tahap kesungguhan. Dorongan dalam diri yang dimaksudkan adalah dorongan kepada. Manusia boleh terdorong oleh dorongan luaran seperti status, kekayaan dan sebagainya.

Mitos Berkaitan Motivasi

Terdapat pelbagai mitos, andaian dan kepercayaan tidak betul berkaitan motivasi, antara lainnya adalah :


1.  Saya boleh Mengubah Orang

      Kepercayaan ini adalah salah kerana kita hanya boleh mendorong orang
     untuk berubah. Orang hanya akan bertindak jika dia memilih mahu
     bertindak.


2.  Wang adalah Dorongan

      Walaupun manusia boleh terdorong oleh dorongan luaran, namun wang
     tidak dapat mendorong orang secara berterusan berbanding kesedaran,
     minat dan sokongan moral.


3.  Ketakutan adalah Pendorong

      Tekanan dan ketakutan hanya akan mendorong orang untuk bertindak
     secara terpaksa untuk tempuh yang singkat.


4.  Apa yang Mendorong Saya boleh Mendorong Orang Lain

      Semua manusia adalah berbeza dari aspek biologi, budaya dan
     kepercayaan dan memerlukan dorongan yang berbeza.


5.  Matlamat Organisasi Mendorong Pekerja

      Pekerja mengutamakan matlamat peribadi berbanding matlamat organisasi
     kerana matlamat peribadi bergantung kepada kepercayaan peribadi.


6.  Motivasi adalah Sains

      Sains adalah sesuatu yang mengandungi unsur fizik, kimia dan biologi
     manakala motivasi adalah berkaitan kepercayaan, andaian, persepsi,
     pemikiran, perasaan dan suara hati dan tiada formula untuk motivasi.


7.  Mendorong Orang adalah Suatu Tugas

      Kepercayaan ini adalah salah kerana mondorong orang adalah suatu
     proses yang berterusan.