24 March 2013

MOTIVASI DIRI - 8 Tip Menguruskan Kemarahan






8 TIP MENGURUSKAN KEMARAHAN

Oleh Faudzil Harun



Kemarahan tidak terkawal boleh mendatangkan bahaya kerana ia boleh
membuat tekanan darah dan “adrenalin” meningkat secara mendadak.

Kemarahan merosakkan hubungan kemanusiaan dan boleh mendorong
tindakan liar. 

Berikut adalah 8 panduan menguruskan kemarahan yang boleh membantu
anda : 


1.   Rehatkan Diri
     
      ● Tarik nafas yang panjang berulang kali. Kemasukkan oksigen yang 
        banyak boleh mengurangkan tekanan kepada otot dalam tubuh manusia.
     
      ● Semasa menghembuskan nafas, bayangkan anda menghembus keluar 
         wap panas dari tubuh anda.


2.   Jauhi Orang Yang Sedang Marah
     
      ● Berada hampir kepada orang yang sedang marah boleh merangsang 
         anda menjadi marah. Jauhi mereka sehingga suara mereka tidak 
         kedengaran lagi.


3.   Lepaskan Marah Dengan Cara Yang Tidak Memudaratkan
      
      ● Anda boleh lepaskan kemarahan dengan cara menumbuk “punching bag”
         atau menjerit dikawasan lapang atau menyepak bola dalam ruang 
         kosong.
      
      ● Cuba cari jalan untuk melepaskan marah dengan cara yang tidak
         memudaratkan sesiapa.


4.   Berkongsi Perasaan
      
      ● Kadangkala berkongsi kemarahan dengan orang boleh memberikan 
         kelegaan.


5.   Bersenam
     
      ● Bersenam boleh mengurangkan kemarahan sambil meningkatkan tahap
         kesihatan.


6.   Mendengar Muzik
      
      ● Mendengar musik yang bersesuaian boleh melegakan ketegangan 
         minda.


7.   Bersembahyang
      
      ● Kemarahan pada tahap setinggi manapun akan reda setelah anda
         bersembahyang. Berdoa meminta pertolongan Tuhan setelah selesai
         bersembahyang akan menjadikan anda seorang yang penyabar dan
         penyayang.


8.   Mamaafkan dan Melupakan
      
      ● Tiada yang lebih baik dari memaafkan orang.
      
      ● Lebih banyak anda memaafkan, maka akan semakin banyak anda
         melupakan.



Selamat Berusaha dan Selamat Maju Jaya