5 April 2013

CANCER > Multiple Myeloma (Kanser Darah Yang Jarang Berlaku)

Posted on  by Dr. Zubaidi


Saya diminta oleh rakan FB agar menceritakan secara ringkas tentang penyakit ini. Sepanjang ingatan saya ketika di universiti, Multiple Myeloma adalah antara topik yang diajar dalam dua kuliah yang berturutan di samping tutorial di hujung minggu.

Saya perlu ingatkan artikel ringkas yang bakal dibaca bukanlah nota kuliah untuk pelajar perubatan atau artikel journal yang mengemaskinikan ilmu seorang doktor. Ianya sekadar suatu nota ringkas agar orang awam yang tidak mempelajari perubatan, boleh memahami keadaan pesakit yang menghidap penyakit Multiple Myeloma (MM).