6 May 2013

KOMUNIKASI - 15 Cara Mengkritik Pekerja Secara Positif

Oleh : Faudzil Harun - Trans Management Consultants (TMC)















Secara umumnya tidak ramai orang suka dikritik. Namun ramai juga yang
boleh menerima kritikan jika ia disampaikan secara konstruktif.

Panduan berikut boleh mambantu anda mencapai matlamat memberi kritikan
tanpa membuat pekerja menjadi marah atau kecewa :

1.   Pilih Masa Yang Sesuai
       Jangan mengkritik semasa pekerja sedang melaksanakan tugas.
     ● Jangan mengkritik pekerja dihadapan orang lain.
     ● Jangan mengkritik pekerja yang sedang berhadapan krisis bersama orang 
        lain.

2.   Kritik Tingkah Laku Secara Spesifik
       Beri kritikan yang menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku, kekerapan 
        dan kesan kepada operasi atau bisnis secara keseluruhan bukan kerana 
        anda tidak menyukainya.

3.   Kritik Perlakuan, Bukan Peribadi Orang
       Beri penjelasan berkaitan perlakuan yang perlu dibaiki.
     ● Jangan mengkritik pekerja secara umum.

4.   Tentukan Perubahan Yang Boleh Dicapai
       Pastikan perubahan yang anda harapkan itu boleh dicapai. 
     ● Jangan mengharapkan perubahan yang tidak boleh dicapai atau tidak 
        rela dilakukan.

5.   Berikan Dorongan
       Setiap orang perlukan dorongan untuk bertindak. 
     ● Fikirkan cara memberi dorongan yang akan membuat orang rela membuat 
        perubahan. 
     ● Berikan cadangan bagaimana perubahan boleh memberi kebaikan.

6.   Sampaikan Apa Yang Anda Mahu
       Sampaikan dengan jelas dan spesifik apa yang anda mahu orang itu 
        lakukan.
     ● Tentukan tempuh yang munasabah.

7.   Pastikan Kritikan Difahami
       Memastikan kritikan anda difahami adalah penting.
     ● Semak kefahaman dengan bertanya soalan dan meminta orang membuat
        penjelasan apa yang difahami dengan cara mereka sendiri. 
     ● Jangan hanya bertanya “anda faham?” kerana selalunya orang akan
        menjawab “faham” tanpa membuat semakan kefahaman diri.

8.   Berikan Cadangan Yang Mudah Diterima
       Cadangan lebih mudah diterima dari suatu kenyataan berpandukan fakta.
     ● Jangan hanya berkata “anda tidak mencuba” sebaliknya katakana “anda
        boleh mencuba sesuatu yang baru” atau “nampaknya anda perlu 
        gandakan usaha anda.” 

9.   Bersedia untuk Membantu
       Sampaikan kesediaan anda untuk membantu.
     ● Pamerkan kesungguhan anda menerusi ekspresi wajah dan bahasa 
        gerakan badan.
     ● Buat perakuan turut bertanggungjawab diatas kelemahan yang berlaku 
        dan tentukan tindakan dan matlamat bersama.

10. Kawal Emosi
       Semua orang mudah terdorong untuk menjadi marah. 
     ● Kawal emosi anda kerana nada suara dan bahasa gerakan badab juga
        menghantar mesej kepada penerima.

11. Jangan Mengkritik Sambil Ketawa
       Ketawa sambil memberi kritikan akan menjadikan kritikan sebagai 
        sindiran atau kritikan yang tidak serius.

12. Jangan Buat Perbandingan
       Perbuatan membuat perbandingan dengan orang lain selalunya akan
        melukakan hati dan merentap semangat orang. 
     ● Semua orang adalah unik, mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri.

13. Jangan Buat Kesimpulan Umum
       Membuat kesimpulan umum seperti “Tidak pernah mengisi borang 
        dengan betul”, sedang orang itu telah melakukannya beberapa kali 
        adalah satu kesimpulan yang salah.

14. Jangan Anggap Anda Tahu Segala Fakta
       Sebelum membuat kritikan, semak fakta berkaitan perlakuan, tabiat, 
        provokasi dan keadaan kesihatan (fizikal, mental dan sosial).
     ● Fikirkan faktor yang mendorong kepada perlakuan yang mahu dikritik.
     ● Fikirkan faktor diluar kawalan (gaya kepimpinan, sistem, latihan, 
        peralatan, suasana persekitaran, kemudahan asas, saluran komunikasi 
        dsb.)

15. Jangan Pendamkan Kritikan
       Memendam kritikan dalam hati hanya akan menjadi beban.