27 May 2013

P SUMBER MANUSIA - Upah (Tafsiran Upah, Tempoh Upah, Bayaran Upah dan Pemotongan Upah)

Oleh Faudzil Harun 
















TAFSIRAN UPAH


Upah (S 2 Akta Kerja 1955)
Menurut Seksyen 2, upah bermaksud upah pokok dan semua pembayaran lain dengan wang tunai kepada seorang pekerja bagi kerja yang dilakukan tetapi tidak termasuk :

(a)  Nilai mana-mana rumah tempat tinggal atau berkaitan apa-apa makanan, 

      minyak, lampu atau air atau rawatan perubatan atau mana-mana 
      kemudahan atau perkhidmatan yang diluluskan;

(b)  Apa-apa caruman yang dibayar oleh majikan kepada mana-mana 

      kumpulan wang pencen, kumpulan wang simpanan, skim pemberhentian 
      kerja, skim pengurangan pekerja, faedah penamatan atau rentikerja 
      sentara atau persaraan atau skim jimat-cermat atau mana-mana 
      kumpulan wang lain atau skim yang ditubuhkan untuk faedah dan 
      kebajikan pekerja;

(c)  Apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi perjalanan;

(d)  Apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada pekerja untuk menanggung 

      perbelanjaan khas yang diperlukan olehnya kerana jenis pekerjaannya;

(e)  Apa-apa ganjaran yang kena dibayar atas pemberhentian atau persaraan; 

      atau

(f)  Apa-apa bonus tahunan atau mana-mana bahagian dari apa-apa bonus 

      tahunan.


Upah Pada Kadar Biasa (S 60I (1) Akta Kerja 1955)
Maksud upah pada kadar biasa adalah :


Kadar Upah

Formula Perkiraan
Bulanan
Kadar Upah Bulanan
26

Mingguan
Kadar Upah Mingguan
6

Harian atau Jam
Jumlah Upah
Jumlah hari bekerja dalam tempuh upah



Tempoh Upah (S 18 Akta Kerja 1955)
Tempuh upah merupakan suatu tempuh dimana hari mula hingga akhir upah dibuat kiraan dan tidak melebihi satu bulan.




WAKTU BAYARAN UPAH


Upah Kerja Normal (S 19 (1) Akta Kerja 1955)
Majikan mestilah membayar upah kepada semua pekerjanya tidak lewat dari hari ke tujuh dari hari akhir tempuh upah.


Upah Bekerja pada Hari Cuti Rehat, Hari Kelepasan Am dan Kerja Lebih Masa (S 19 (2) Akta Kerja 1955)
Upah bagi kerja yang dilakukan pada hari cuti rehat dan hari kelepasan am yang digazetkan di bawah Seksyen 60D (1) (a) and (b) dan bayaran kerja lebih masa yang dirujuk dalam Seksyen 60A hendaklah dibayar tidak lewat dari hari terakhir dalam tempuh upah bulan berikutnya.


Upah bagi Penamatan Biasa Kontrak Pekerjaan (S 20 Akta Kerja 1955)
Upah bagi penamatan kontrak penggal tetap (“Fixed Term Contract”) hendaklah dibayar kepada pekerja tidak lewat dari hari terakhir kontrak perkhidmatan.


Upah bagi Penamatan Tanpa Notis Oleh Majikan
(S 21 (1) Akta Kerja 1955)

Majikan yang menamatkan kontrak pekerjaan tanpa notis atas alasan :

  Majikan telah membayar amaun menggantikan tempuh notis penamatan 

    kontrak olehnya;
  Pelanggaran kontrak oleh pekerja; atau
  Pemecatan pekerja atas alasan salahlaku.

    hendaklah membayar pekerja tidak lewat dari hari dimana kontrak itu 

    ditamatkan.


Upah bagi Penamatan Kontrak Tanpa Notis Oleh Pekerja
(S 21 (2) Akta Kerja 1955)

Pekerja yang menamatkan kontrak pekerjaan tanpa notis atas alasan :

  Telah membayar amaun menggantikan tempuh notis penamatan kontrak 

    olehnya;
  Pelanggaran kontrak oleh majikan; atau
●  Dia atau orang yang di bawah tanggungnya diancam serta-merta oleh 

    bahaya secara keganasan atau penyakit.

    hendaklah dibayar upahnya tidak lewat dari hari ke tiga setelah kontrak itu 

    ditamatkan.


PEMOTONGAN DARIPADA UPAH

Majikan dibenarkan membuat potongan dari upah pekerja untuk tujuan :


Pembayaran Upah Terlebih Bayar Oleh Majikan 
(S 24 (2) (a) Akta Kerja 1955)
Majikan boleh membuat potongan daru upah pekerja bagi upah yang telah terlebih dibayar oleh majikan kepada pekerja atas kesilapan majikan untuk tempuh tidak lebih dari 3 bulan dari waktu pemotongan hendak dibuat.


Bayaran Indemniti Pekerja kepada Majikan (S 24 (2) (b) Akta Kerja 1955)
Majikan boleh membuat potongan upah bagi menuntut imdemniti pekerja kepada majikan untuk menggantikan tempuh notis penamatan kontrak oleh pekerja. 



Pendahuluan Upah (S 24 (2) (c) Akta Kerja 1955)

Majikan boleh membuat pemotongan upah bagi tujuan menuntut pendahuluan upah yang telah dibayar oleh majikan kepada pekerja menurut Seksyen 22 Akta Pekerjaan 1955.


Pemotongan Yang Dibenarkan Oleh Oleh Undang-Undang Lain 

(S 24 (2) (d) Akta Kerja 1955).


Potongan Di atas Permintaan Bertulis Oleh Pekerja 

(S 24 (3) Akta Kerja 1955)
(a)  Bayaran kepada Kesatuan Sekerja.
(b)  Bayaran pembelian saham didalam perniagaan majikan.



Potongan Diatas Permintaan Bertulis Oleh Pekerja dan Kebenaran Dari Ketua Pengarah Buruh (S 24 (4) (a), (b), (c), (d) dan (e) Akta Kerja 1955)



Potongan Dengan Kebenaran Ketua Pengarah Buruh 

(S 24 (5) Akta Kerja 1955)
Bayaran untuk provisi penginapan, perkhidmatan, makanan bagi faedah pekerja.


Potongan Di atas Permintaan Bertulis Oleh Pekerja Bagi Bayaran 

Ko-operatif (S 24 (6) Akta Kerja 1955)
Bayaran kredit yang diambil pekerja di bawah Akta Pertubuhan Ko-operatif 1993.


Had Jumlah Potongan (S 24 (8) dan (9) Akta Kerja 1955)

Jumlah potongan di bawah Seksyen 24 Akta Kerja 1955 adalah tidak lebih dari 50% dari upah yang diperolehi pekerja untuk satu bulan. 


Had potongan ini tidak termasuk :


(a)  Potongan dari bayaran indemniti yang dibayar oleh majikan kepada 

      pekerja di bawah Seksyen 13 (1);
(b)  Potongan dari bayaran terakhir upah pekerja bagi jumlah yang terhutang 

      oleh pekerja disebabkan penamatan kotrak perkhidmatan oleh pekerja.
(c)  Potongan bagi tujuan bayaran pinjaman perumahan yang jumlah 

      potongan ditambah tidak lebih dari 25% dari had jumlah potongan 50%.