9 May 2013

RAWAT HATI - Jangan Celakakan Diri Dengan Fitnah dan Bohong

Oleh Faudzil Harun















Fitnah dilarang ALLAH S.W.T, sebagaimana firman-Nya dalam QS al-Baqarah (2): 191, "… dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan … ."


Kenapa Lebih Kejam Dari Pembunuhan? 
Sebab, fitnah sama dengan melakukan character assassination atau pembunuhan karakter seseorang. 


Menghadapi Fitnah
Dalam menghadapi fitnah kesabaran dan kesedaran yang tinggi amat perlu kerana fitnah boleh terjadi kepada sesiapa pun, tanpa memandang status dan kedudukan sosial.

QS al-Nuµr (24), "Sesungguhnya, orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu." 

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah. Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.


Hukum Menutup Keaiban Orang

Agama Islam yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w adalah bertujuan untuk
membentuk masyarakat yg aman damai dan suasana yg tenteram. Justeru itu
umat Islam diharamkan drp menimbulkan gejala-gejala fitnah dlm masyarakat
dan mendedahkan keburukan orang lain. Firman Allah Surah an Nur ayat 19 yg
bermaksud " ... Sesungguhnya org-org yg suka menghebahkan tuduhan
tuduhan yg buruk dlm kalangan org-org yg beriman, mereka akan beroleh azab siksa yg tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.

Maksud hadis drp Abu Hurairah r.a drp Nabi s.a.w sabdanya : "Tiada menutup seseorang hamba akan keaiban seseorang hamba di dunia melainkan Allah menutup keaibannya di hari kiamat".



Batin Yang Kotor

Dari Imam Ghazali
"Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali."

Dari Imam Al-Mawardi
"Orang yang biasa mengumpat, isi batinnya kotor"


Seksa Menyebarkan Fitnah

"Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu, jangan kamu menyangka berita itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar di dunia dan di akhirat.

Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui. "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya." (an-Nur: 11-20).


Laknat Terhadap Pembohong

Akhirnya kami jadikan laknat Allah atas orang-orang pembohong.
Al-Imran


Celakalah Diri

"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah"
Al-Humazah : 1

Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka
azab jahanam dan neraka yang membakar.
Al-Buruj (10)

"Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan
orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah
mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui."
An-Nur (19)

Mereka yang memfitnah perempuan suci, celakalah di dunia dan akhirat; bagi
mereka hukuman yang dahsyat dihari pengadilan; lidah, tangan dan kaki
mereka menjadi saksi diatas perbuatan mereka.
An-Nur (23 - 24)

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai
pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,
semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya."
Al Isra'a (36)

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"
Al Baqarah (191)


Jadilah Orang Islam Yang Paling Baik

Jelaslah bahawa Islam mengajar umatnya supaya tidak mendedahkan
keburukan seseorang apatah lagi mengapi-apikan sesama manusia.

Al-Nabari pernah bertanya :
"Wahai Rasul Allah S.A.W, manakah orang Islam yang paling baik? 

Rasul Allah S.A.W menjawab : 
Ialah yang mana orang Islam lain terselamat dari gangguan lidah dan
tangannya"