11 May 2013

RAWAT HATI - Pelihara Keikhlasan Hati

Oleh Faudzil Harun















Keikhlasan bukan sekadar disebutkan, keikhlasan yang sebenarnya adalah :

●  Apa yang kita lihat

●  Apa yang kita dengar
●  Apa yang kita terima
●  Apa yang kita katakan
●  Apa yang kita lakukan 
●  Apa yang kita berikan
●  Apa yang kita sumbangkan
●  Apa yang kita kongsikan

Secara ikhlas dengan niat kerana Allah S.W.T. dan BUKAN untuk mendapatkan pahala atau balasan atau kelebihan atau kepentingan untuk diri sendiri.

Keikhlasan menjadi indah dan cantik apabila kita tidak pernah mahukan keikhlasan kita :


●  Diketahui orang lain

●  Mendapat pujian dari orang
●  Mendapat balasan dari orang

Untuk melatih diri kita menjadi ikhlas, latih minda, hati dan mulut kita berpandukan langkah-langkah berikut :




Latih Minda


1. Memberi input positif kepada minda;
2. Menghakis sifat negatif yang ada dalam minda;

Kenapa minda?

Kerana minda akan mempengaruhi perasaan. Jika kita tidak memiliki perasaan yang baik, maka hati kita akan sakit.




Latih Hati


1. Latih hati untuk simpan rahsia keikhlasan menjadi rahsia peribadi.

2. Jangan berasa bangga dengan kebaikan yang dilakukan.
3. Jangan mengharapkan balasan.



Latih Mulut


1. Jangan beritahu atau ceritakan keikhlasan diri kepada sesiapa pun;

    (Jangan beritahu atau tunkukkan gambar sedekah, hadiah, prtolongan dan 
    nasihat yang telah anda berikan).
2. Jangan berikan komen yang tidak ikhlas kepada pemberian, perlakuan atau 

    percakapan orang lain;
3. Menyampaikan ilmu keikhlasan kepada orang lain.


Orang yang ikhlas akan menjadi orang yang sangat bahagia, Insyaallah.