8 May 2013

RAWAT HATI - Jangan Ada Dendam

Oleh Faudzil Harun






Dendam 

Dendam (ataupun Vengeance dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. 

Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam agama islam, dendam itu adalah berdosa.




“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran: 133-134)


“…Maka barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah.” (Surah Asy-Syura: 40)


Rasulullah SAW bersabda, “wahai Uqbah, bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu.” (HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy)

Kebahagiaan sukar diperolehi kerana hati kita yang hitam.
Rezeki tidak muncul kerana hati kita yang tidak bersih.
Jodoh terhalang kerana hati kita yang tidak memaafkan.
Maafkan sahaja mereka, insyaAllah hati kita akan lebih tenang..

Buanglah dendam itu

Insya Allah kebahagiaan dan kejayaan pasti menyusul. 

Insya Allah, pintu kecemerlangan dan kegemilangan itu pasti akan terbuka akhirnya, andainya kita sanggup melangkah keluar daripada pintu dendam kenangan silam. Kerana kita yang menentukan hidup kita gembira ataupun tidak. 

Bukanlah dengan kehadiran halangan-halangan yang berbentuk manusia dan perbuatan mereka itu penghalang kita daripada mengecapi kebahagiaan. Bergantung haraplah kepada Allah, nescaya kita tidak akan kecewa selamanya. Insya Allah..