12 June 2013

P SUMBER MANUSIA - Persediaan Tanya-Siasat Dalaman

Oleh Faudzil Harun 
















Pemilihan Ahli Panel

1.  Ahli panel harus terdiri dari individu yang matang dan tiada kaitan dengan kes
     yang akan di dengari.

2.  Jumlah ahli boleh di tetapkan oleh majikan.

3.  Jika terdapat lebih dari seorang ahli panel, seorang pengerusi hendaklah
     di lantik.

4.  Ahli panel perlu di berikan latihan untuk berkomunikasi tanpa “bias” dan
     menanggani situasi tegang semasa sesi tanya siasat dalaman.

5.  Ahli panel tidak harus di berikan taklimat berkaitan kes.

6.  Ahli panel tidak harus di arahkan bertanya soalan yang di sediakan oleh
     majikan.

7.  Ahli panel tidak harus di berikan sebarang arahan oleh majikan.

8.  Ahli panel tidak harus terdiri dari invidu yang ada kaitan dngan pekerja yang di tuduh.



Tugas Pengerusi

1.  Mengawal keseluruhan perjalanan sesi.
2.  Terangkan tujuan sesi itu di adakan.
3.  Bacakan hak pekerja yang di tuduh.
4.  Membacakan peraturan sesi.
5.  Mengingatkan semua pihak untuk mengawal emosi dan penggunaan bahasa
     yang tidak sopan.
6.  Memberi masa rehat jika perlu (untuk mengawal suasana).
7.  Memastikan pekerja yang di tuduh di berikan peluang untuk menggunakan
     haknya secara adil.




Pegawai Pendakwa

Majikan hendaklah melantik seorang pkerja yang bertindak sebagao pegawai pendakwa. Pegawai pendakwa yang di pilih tidak harus mempunyai kaitan dengan pkerja yang di tuduh. Pegawai penyiasat adalah invidu yang paling sesuai untuk bertindak sebagai pegawai pendakwa.


Peranan Pegawai Pendakwa
  Mengemukakan kes kepada pengerusi.
  Mengadakan bukti di hadapan ahli panel dan pekerja yang di tuduh.
  Memanggil saksi dan menyoal saksi di hadapan pekerja yang di tuduh.
  Membenarkan saksinya di soal balas oleh pekerja yang di tuduh atau pegawai
     kesatuan sekerja (jika perlu).
  Menyoal balas saksi kepada pekerja yang di tuduh.
  Mengemukakan rumusan di akhir sesi.
●  Tidak menguasai sesi.
●  Tidak bertindak tanpa kebenaran pengerusi.
●  Tidak meggunakan kekerasan atau ugutan.
●  Tidak cuba bertindak sebagai ahli panel.


No comments:

Post a Comment