27 August 2013

INFO PENYAKIT - Sakit Tapak Kaki – Punca & Cara Atasi








Anda seorang kaki ‘shopping’ dan mampu berdiri dan berjalan berjam-jam lamanya? Jika ya, sememangnya kaki anda merupakan anugerah yang paling berharga. Namun begitu, lama-kelamaan kaki anda akan hilang kekuatannya, sama ada dimamah usia atau tidak dijaga kesihatannya. Berapa jauh dan lamanya kita berdiri dan berjalan boleh juga memberikan kesan terhadap kesihatan kaki kita terutama jika kita telah mempunyai sejarah kesakitan kaki sebelum ini seperti pernah terseliuh atau patah.
Anda boleh mengalami kesakitan kaki di bahagian tapak kaki belakang atau dikenali plantar fasciitis, di bahagian depan kaki (metatarsalgia) atau sakit kaki yang menjalar hingga ke bahagian betis atau kaki hadapan anda atau dikenali shin splint.

Tapak kaki kita mempunyai saraf yang menghubungkan dengan organ-organ tertentu di badan kita. Urutan refleksologi adalah salah satu rawatan berkesan untuk mengubati masalah sakit tapak kaki.

Faktor Sakit Tapak Kaki
Banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit kaki seperti :
* Bentuk kaki yang leper dan rendah lengkungan bahagian dalam kaki atau dikenali Pes
  Planus
* Bentuk kaki yang mempunyai lengkungan dalam yang tinggi yang dikenali sebagai Pes
  Cavus
* Pemilihan kasut yang tidak betul seperti tiada penyokong lengkungan tapak kaki atau
  bertumit tinggi
* Selepas kecederaan seperti patah atau terseliuh
* Berat badan yang berlebihan seperti mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30
  kilogram meter persegi (kg/m2)
* Melakukan aktiviti di tempat yang keras tanpa kasut yang sesuai seperti melakukan joging
  di jalan berturap tar dengan memakai kasut sukan taekwando.

Cara Mengatasi Sakit Tapak Kaki
Bagi mengatasi sakit kaki, anda perlu mengetahui faktor-faktor penyebab sakit kaki terlebih dahulu dan cara bagaimana anda dapat mengatasinya dengan :
# Kekalkan berat badan dengan pemantauan BMI normal sekitar 18.5 hingga 25 kg/m2
# Tidak memakai kasut bertumit tinggi atau sekurang-kurangnya tumit kasut tidak melebihi 1 inci
# Memilih kasut yang sesuai mengikut aktiviti fizikal anda seperti lembut dan fleksibel pada tapak kasut serta mempunyai penyokong di bahagian lengkungan dalam dan lengkungan lintang di hadapan kaki
# Anda perlu memiliki sepasang tapak kasut atau insole yang mempunyai ciri-ciri sokongan tapak kaki yang boleh digunapakai pada semua kasut anda jika sekiranya anda telah mempunyai banyak kasut dan tidak ingin membazir dengan membeli kasut lain
# Lakukan senaman kaki mengikut panduan ahli fisioterapi anda dengan senaman regangan plantar fascia dan senaman kekuatan otot kaki

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum..terima kasih, blog yg penuh informasi buat saya.

Di sini saya kongsikan tips sihat menjaga sakit sendi yang selalu terjadi pada warga emas
Masalah arthritis di kalangan warga emas dapat dikurangkan dengan penggunaan minyak zaitun di mana kandungan semula jadinya iaitu oleocanthal, adalah salah satu agen antiradang bukan steroid yang menghalang aktiviti siklooksigenas penyebab radang.

Sharing is caring --> http://kizeewattyzainal.blogspot.com/

Post a Comment