27 October 2013

TABIAT BERBOHONG YANG TERCELA - 5 Elemen Umum Orang Yang Sedang Berbohong






Ramai orang berbohong untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan.


Ramai juga yang berbohong kerana tamak untuk mendapat untung besar.

Tabiat bohong telah menjadi tabiat dalam kehidupan ramai orang. Mereka berbohong untuk pelbagai tujuan dan walaupun mereka tahu berbohong otu salah.

Anda berhadapan dengan ramai "PEMBOHONG" setiap hari dan adakalanya dibohongi seperti anda seorang yang "bodoh". 

Semasa berhadapan dengan "Pembohong" dan cerita-cerita bahongnya, suara hati anda selalunya memberi "signal" bahawa berlaku pembohongan dalam perbualan itu tetapi orang yang lemah nilai dalaman selalunya akan menerima segala pembohongan dan mempercayaainya kerana PENGARUH STATUS, (Umur, Pangkat, Pertalian Saudara, Latar Belakang Keagamaan, Menggunakan Agama sebagai perisai) PENGARUH PENAMPILAN (personaliti luaran, gaya penyampaian, kebolehan mempengaruhi orang, pandai bercakap, pandai berlakon seperti orang yang baik, pandai meraih simpati, pandai mengesan kelemahan orang dsb) dan PENGGUNAAN ELEMEN KEAGAMAAN.
 

Berikut adalah beberapa elemen umum yang selalunya memberi 'singal' bahawa orang sedang berbohong:


1. Perubahan Nada Suara
    Nada suara berubah semasa menjawab pertanyaan dan terlalu berhati-hati.

2. Gerakan Fizikal
    Pergerakkan fizikal yang mengambarkan keresahan berbohong.

3. Ekspresi Wajah
    Orang yang berbohong akan mempamerkan ekspresi wajah yang tidak jujur.
    Renung tepat kedalam matanya dan anda akan mendapat 'signal'
    berlakunya pembohongan.


4. Perasaan yang Berubah-ubah
    Orang yang berbohong akan mempamerkan perasaan yang tidak stabil.
    Perasaan sedih dan gembira akan bertukar-tukar semasa perbualan.
   
    Selalunya mereka akan bermula dengan ekspresi perasaan sedih untuk
    mendapatkan simpati.

    Perasaan riang akan dapat dilihat setelah mereka berjaya mendapatkan
    simpati dari orang yang sedang dibohongi itu memberi respon kepercayaan
    kepadanya. Raut wajah gembira atau senyuman puas hati kerana berjaya
    berbohong akan timbul di wajah setiap "PEMBOHONG"

Siapa berbohong?

Semua orang yang tidak memiliki hati yang bersih akan berbohong tidak kira sama ada mereka seorang lelaki atau wanita, sama ada mereka seorang tua atau muda, sudah berstatus Haji/Hajjah atau tidak, kaya atau miskin, polular atau tidak, orang kenamaan, juruterbang, doktor pakar, peguam, kerani, peniaga, artis, ahli sukan dsb.

Seorang ibu atau bapa juga sanggup berbohong untuk menyelamatkan pembohongan anaknya. Malah mereka sanggup bersumpah untuk mempengaruhi orang lain.

Adik-beradik juga sanggup bersumpah untuk menyelamat pembohongan sudara mereka.

Orang-orang seperti ini selalunya berbohong kerana mahu selamatkan reputasi dan status yang sudah dicemari.

Mereka juga selalunya berbohong untuk menyelamatkan pembohongan mereka secara kolektif kerana mereka hidup dan menjadi senang kerana pembohongan mereka secara berpasukan dan tiada pilihan lain selain 
"BERBOHONG UNTUK SELAMATKAN DIRI DAN PASUKAN" dari menjadi susah atau bahan kritikan orang.
Mereka sanggup mencipta dan menyebarkan cerita rekaan mereka untuk meraih simpati malah mereka sanggup memfitnah orang lain hanya kerana mahu menyelamatkan diri sendiri dan 'PASUKAN PEMBOHONG" mereka.

Golongan ini sanggup memfitnah dan menzalimi saudara mereka sendiri, mereka menjadi semakin "extreme" sehingga sanggup menyebarkan fitnah dan menzalami orang yang dahulunya membantu mereka.

Tidak hairanlah "PASUKAN PEMBOHONG" ini diketuai Ibu/bapa mereka sendiri dan dianggotai ...... 
"ADIK-BERADIK sebagai AHLI MAJLIS TERTINGGI", 
"IPAR-DUAI" sebagai AHLI EXCO", 
ANAK2 SAUDARA sebagai "AJK" dan ......
'RAKAN-RAKAN" sebagai "AHLI SOKONGAN".

Golongan seperti sudah tidak takutkan apa pun di dalam dunia ini.

Mereka tidak fikirkan orang2 yang mereka sakiti dan zalimi.

Mereka tidak fikirkan "Sakaratul Maut"?
Adakah mereka juga tidak takutkan "Tuhan" ???

No comments:

Post a Comment