14 November 2013

RAWAT HATI - 8 Perkara Orang Yang Tidak Gembira Enggan Terima






8 PERKARA ORANG YANG TIDAK GEMBIRA ENGGAN TERIMA


Semua orang mengalami perasaan tidak gembira pada masa-masa tertentu, tetapi terdapat perbezaan yang besar antara mengalami suasana tidak gembira dengan tabiat menjalani kehidupan yang tidak gembira. 

Ramai orang tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka, malah ramai yang tidak berpuas hati dengan kehidupan orang lain. Kebanyakan orang menjalani kehidupan yang tidak gembira kerana kepercayaan dan sikap mereka. 

Dua (2) rahsia utama untuk menjalani kehidupan yang gembira adalah:

1.   Mengakui bahawa kehidupan bukan mengenai menang dan 
      kalah, tetapi ia adalah mengenai menang dan menang.

2.   Mengakui bahawa kehidupan adalah mengenai “survival”.

Sebagai permulaan, anda perlu terlebih dahulu mengetahui 8 perkara mengenai kepercayaan dan sikap negatif yang menjadi penghalang anda untuk menjalani kehidupan yang gembira seperti berikut:

1.   Mereka berjuang mendapatkan kehormatan diri sendiri.
     
  Mengharap dan meminta perhatian dan kasih sayang 
          menjadikan mereka sentiasa merasa kekurangan.
     
  Mengharapkan dan meminta orang menghormati diri anda 
          akan menjadikan anda seorang yang tidak disukai.
     
  Hormat adalah suatu yang harus diberikan dan bukan untuk 
          di minta.

2.   Mereka resah dengan apa yang orang lain fikirkan terhadap diri 
      mereka.

     
  Anda tidak boleh mengawal apa yang orang lain fikirkan.
     
  Berfikir mengenai apa yang orang lain fikirkan mengenai diri 
          anda menjadikan anda seorang yang tidak percaya kepada 
          diri sendiri.

3.   Mereka menyimpan dendam.
     
  Selagi ada dendam, selagi itu anda tidak akan tenteram.
     
  Kegembiraan tidak boleh dicapai selagi fikiran anda tidak 
          tenteram.

4.   Mereka tidak melupakan sejarah silam.
        Salah sekali tidak bermakna salah selamanya.
      
  Lupakan sejarah silam dan fokuskan kepada masa hadapan.

5.   Mereka menjalani rutin kehidupan yang memenjarakan fikiran 
      mereka.

      
  Cara anda bukanlah satu-satunya cara yang terbaik.
      
  Fikir bagaimana melakukan perkara yang sama dengan 
          kaedah baru.
      
  Rutin menghalang pertumbuhan minda.

6.   Mereka tidak dapat mengawal banyak perkara.
      
  Kehidupan itu adalah cabaran.
      
  Jika anda sentiasa mahu mengawal kehidupan anda dan 
          orang lain, anda akan kecewa kerana banyak perkara yang 
          berlaku dalam kehidupan ini tidak dapat anda kawal. 
      
  Banyak perkara gembira berlaku tanpa diduga dan begitu
           juga sebaliknya.
      
  Adakalanya kehidupan boleh berubah dalam sekelip mata.

7.   Mereka takut mengambil risiko
      
  Kehidupan itu sendiri suatu risiko. 
      
  Meminang calon menantu, menerima pinangan, 
          perkahwinan, kehamilan, melahirkan anak, membimbing 
          anak, bekerja, berniaga, menjalani pembedahan dan banyak 
          perkara lagi adalah risiko.
      
  Tidak mengambil risiko juga adalah suatu risiko.
      
  Kejayaan adalah milik orang yang berani mengambil risiko.

8.   Mereka malas berusaha.
      
  Mereka orang tidak mahu mengaku mereka malas.
      
  Mereka selalu lari dari cabaran.
      
  Mereka memberi pelbagai alas an untuk menutupi tabiat 
          malas mereka.
      
  Orang malas tidak akan berjaya.


No comments:

Post a Comment