27 January 2014

MAJIKAN PERLU TAHU - Peruntukan penting dibawah undang-undang buruh malaysia yang selalu diabaikan atau tidak diketahui majikan swasta di Malaysia






Oleh Faudzil Harun



PENDAFTARAN MAJIKAN

Majikan hendaklah melaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja berhampiran dalam tempoh 30 hari apabila memulakan sesuatu perniagaan.



FAKTOR HUBUNGAN PEKERJAAN

PERUNDANGAN


Hubungan di antara majikan dan pekerja dikawal oleh peruntukan undang-undang, perjanjian yang dipersetujui menerusi kontrak perjanjian secara lisan atau bertulis dan samada secara tersurat atau tersirat.

Undang-undang pekerjaan merupakan garis panduan perlindungan bagi majikan dan
pekerja. Ia dibentuk untuk mengimbangi keperluan obligasi kedua-dua pihak dan juga menjadi manual kepada penyelesaian masalah yang berkaitan hubungan pekerjaan.

Undang-undang pekerjaan meliputi :
●  Undang-undang berkanun (Akta)
●  Peraturan-peraturan kerajaan Malaysia dan kerajaan tempatan
●  Keputusan Mahkamah


POLISI DAN PROSEDUR


Pada kebiasaannya dokumen yang menerangkan tanggungjawab, obligasi dan faedah pekerjaan dinamakan Buku Panduan Pekerja (“Employee Hand Book”).
     
Terdapat juga organisasi yang menggariskan setiap peraturan pekerjaan dan kaedah
perlaksanaan peraturan tersebut yang dikenali sebagai polisi dan prosedur.

Dalam pertikaian perundangan, mahkamah boleh mengambil kira buku panduan pekerja sebagai obligasi kontrak yang mesti dipatuhi oleh majikan dan pekerja.


Peruntukan “Common Law”

“Common Law” atau Tugas-tugas Undang-undang Biasa adalah tugas-tugas asas yang tidak ditetapkan oleh kontrak pekerjaan tetapi harus dituruti berdasarkan penggunaan, adat dan keputusan-keputusan mahkamah selama ini.


AKTA BERKAITAN HUBUNGAN MAJIKAN – PEKERJA
      
●  Akta Kerja 1955, Akta 265
    Merupakan Akta teras kepada perundangan pekerjaan di Semenanjung Malaysia.
    Ia merupakan undang-undang yang menyeluruh dan meliputi semua aspek berkaitan
    pekerjaan, kontrak pekerjaan, penamatan kontrak, pemecatan, upah, cuti dan
    sebagainya. Ia
mengandiungi terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan minima
    kepada pekerja yang dilindungi oleh Akta.

●  Akta Cuti Mingguan 1950, Akta 220
●  Akta Pampasan Pekerja 1952, Akta 273
●  Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta 262
●  Akta (Penggajian) Kanak-kanak dan Orang Muda 1966, Akta 350
●  Akta Pekerjaan (Sekatan) 1968, Akta 353
●  Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta 177
●  Ordinan Buruh Sabah 1950, Akta A1238
●  Ordinan Buruh Sarawak 1952, Akta A123
●  Akta Umur Persaraan Minimum 2012, Akta 753  
●  Perintah Gaji Minimum 2012


Peraturan-peraturan Di Bawah Akta Kerja 1955 :
●  Peraturan-peraturan Kerja 1957
●  Peraturan-peraturan Kerja (Prosedur-Peruntukan-peruntukan Bersaling) 1957
●  Peraturan-peraturan Kerja (Mengambil Bekerja Wanita) (Konduktor Wanita) 1958
●  Peraturan-peraturan Kerja (Mengambil Bekerja Wanita) (Pekerja-pekerja Syif) 1970
●  Peraturan-peraturan Kerja (Kadar Minimum Elaun Bersalin) 1976
●  Peraturan-peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980
●  Peraturan-peraturan Kerja (Had Kerja Lebih Masa) 1980
●  Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Peluasan dan Pengubahsuaian Akta Kerja) 2000
●  Peraturan-peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010


 Akta Berkaitan Perlindungan Sosial Pekerja
●  Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta 4
●  Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, Akta 452
    


 Akta Berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
●  Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta 139
●  Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta 514
    dan lain-lain Akta bergantung kepada jenis dan risiko pekerjaan.
    


 Akta-Akta Lain Yang Berkaitan

●  Akta Kontrak 1950, Akta 136
●  Akta Pembanguan Sumber Manusia 1992, Akta 491
●  Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta 53

    dan lain-lain Akta bergantung kepada jenis pekerjaan.

__________________________________________________
AKTA 265 – (AKTA KERJA 1955)


APA ITU KONTRAK PEKERJAAN?

S 2 Akta Kerja 1955
Kontrak perkhidmatan ertinya mana-mana perjanjian, sama ada lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau tersirat, di mana seorang bersetuju untuk mengambil bekerja seorang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja dan termasuklah kontrak perantisan.

S 3 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Kontrak perkhidmatan ertinya apa-apa perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada secara nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang bersetuju untuk menggaji seseorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja dan termasuklah suatu kontrak perantisan.

S 2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967      
Kontrak pekerjaan ertinya mana-mana perjanjian sama ada lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau tersirat, di mana seorang bersetuju untuk mengambil kerja seorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja.

Keperluan Kontrak Didokumenkan
Peraturan Kerja 1957 di bawah Akta Kerja 1955 menghendaki majikan memberikan kepada setiap pekerja yang dilindungi Akta Kerja 1955 perkara berikut :

●  Peraturan 8
    Terma dan syarat pekerjaan bertulis.

●  Peraturan 9
    Penyata berkaitan upah, elaun dan bayaran lain pada setiap tempoh upah.


 TERMA YANG TERSIRAT

Suatu kontrak tidak mungkin dapat merangkumi segala terma dan syarat secara nyata. Terma yang tersirat haruslah diberikan perhatian dalam perlaksanaan hubungan majikan-pekerja. Contoh keterangan berkaitan terma yang tersirat adalah seperti berikut :

Akta Kontrak, 1950
S 9 – Janji, tersurat dan tersirat
Setakat yang mana cadangan atau penerimaan apa-apa janji dibuat dalam kata-kata, janji dikatakan ekspres. Setakat yang cadangan atau penerimaan dibuat selain daripada kata-kata, janji dikatakan tersirat.



PEMECATAN PEKERJA PERCUBAAN

Definisi atau tafsiran “workman” di bawah Seksyen 2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 tidak membezakan diantara pekerja tetap dan pekerja percubaan. Pekerja percubaan memiliki hak yang sama dengan pekerja tetap boleh memfailkan tuntutan untuk “reinstatement” di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Pekerja percubaan tidak harus dipecat tanpa keadilan dan alasan yang munasabah.

Penamatan Secara Paksaan (“Forced Resignation”)
Penamatan secara paksaan adalah bersamaan dengan pemecatan tidak langsung.


CUTI SAKIT


S 60F (1)  Seseorang pekerja hendaklah, selepas pemeriksaan atas perbelanjaan majikan;

(a)  oleh seorang pengamal perubatan yang dilantik oleh majikan; atau

(b)  jika tiada pengamal perubatan dilantik, oleh pengamal perubatan berdaftar yang lain
      atau oleh seorang pegawai perubatan, berhak mendapat cuti sakit berbayar :


HARI KELEPASAN AM

Pekerja berhak mendapat tidak kurang dari 11 hari kelepasan am
(S60D (1) Akta Kerja 1955)


Hari Kelepasan Am Yang Di Gazetkan
(S 60D (1) (a) Akta Kerja 1955)

Terdapat 5 hari kelepasan am yang di gazetkan seperti berikut :

1.  Hari Kebangsaan
2.  Hari Keputeraan DYMM di-Pertuan Agong
3.  Hari Keputeraan Raja atau Yang di-Pertua Negeri
4.  Hari Pekerja
5.  Hari Malaysia

Majikan berhak memilih baki 6 hari kelepasan am dan mesti mengumumkan kepada pekerja pada setiap awal tahun calendar.


Pertindihan Hari Kelepasan Am

(S 60D (1) (b) Akta Kerja 1955)
Hari kelepasan am yang jatuh pada hari cuti rehat atau hari kelepasan am yang lain mesti digantikan dengan hari berikutnya.

Hari kelepasan am yang jatuh pada hari pekerja sedang cuti sakit atau cuti tahunan mesti digantikan dengan hari lain sebagai hari kelepasan am berbayar.


Ketidakhadiran Sebelum dan Selepas Hari Kelepasan Am
(S 60D (2) Akta Kerja 1955)
Pekerja yang tidak hadir bekerja sebelum atau selepas hari kelepasan am atau dua atau lebih hari-hari kelepasan am tidak layak mendapat upah untuk hari kelepasan atau hari-hari kelepasan am tersebut.

Pekerja tidak berhak keatas hari kelepasan am (khas) yang diumumkan kerajaan dari masa kesemasa.


TAFSIRAN UPAH DAN TEMPUH UPAH

Upah
(S 2 Akta Kerja 1955)
Menurut Seksyen 2, upah bermaksud upah pokok dan semua pembayaran lain dengan wang tunai kepada seorang pekerja bagi kerja yang dilakukan tetapi tidak termasuk :

(a)  Nilai mana-mana rumah tempat tinggal atau berkaitan apa-apa makanan, minyak,
      lampu atau air atau rawatan perubatan atau mana-mana kemudahan atau
      perkhidmatan yang diluluskan;

(b)  Apa-apa caruman yang dibayar oleh majikan kepada mana-mana kumpulan wang
      pencen, kumpulan wang simpanan, skim pemberhentian kerja, skim pengurangan
      pekerja, faedah penamatan atau rentikerja sentara atau persaraan atau skim jimat-
      cermat atau mana-mana kumpulan wang lain atau skim yang ditubuhkan untuk faedah
      dan kebajikan pekerja;

(c)  Apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi perjalanan;

(d)  Apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada pekerja untuk menanggung perbelanjaan
      khas yang diperlukan olehnya kerana jenis pekerjaannya;

(e)  Apa-apa ganjaran yang kena dibayar atas pemberhentian atau persaraan; atau

(f)  Apa-apa bonus tahunan atau mana-mana bahagian dari apa-apa bonus tahunan.


Tempoh Upah
(S 18 Akta Kerja 1955)
Tempuh upah merupakan suatu tempuh dimana hari mula hingga akhir upah dibuat kiraan dan tidak melebihi satu bulan.



WAKTU BAYARAN UPAH


Upah Kerja Normal
(S 19 (1) Akta Kerja 1955)
Majikan mestilah membayar upah kepada semua pekerjanya tidak lewat dari hari ke tujuh dari hari akhir tempuh upah.


Upah Bekerja pada Hari Cuti Rehat, Hari Kelepasan Am dan Kerja Lebih Masa
(S 19 (2) Akta Kerja 1955)
Upah bagi kerja yang dilakukan pada hari cuti rehat dan hari kelepasan am yang digazetkan di bawah Seksyen 60D (1) (a) and (b) dan bayaran kerja lebih masa yang dirujuk dalam Seksyen 60A hendaklah dibayar tidak lewat dari hari terakhir dalam tempuh upah bulan berikutnya.


Upah bagi Penamatan Biasa Kontrak Pekerjaan
(S 20 Akta Kerja 1955)
Upah bagi penamatan kontrak penggal tetap (“Fixed Term Contract”) hendaklah dibayar kepada pekerja tidak lewat dari hari terakhir kontrak perkhidmatan.


Upah bagi Penamatan Tanpa Notis Oleh Majikan
(S 21 (1) Akta Kerja 1955)

Majikan yang menamatkan kontrak pekerjaan tanpa notis atas alasan :

●  Majikan telah membayar amaun menggantikan tempuh notis penamatan kontrak
    olehnya;
●  Pelanggaran kontrak oleh pekerja; atau
●  Pemecatan pekerja atas alasan salahlaku.

    hendaklah membayar pekerja tidak lewat dari hari dimana kontrak itu ditamatkan.


Upah bagi Penamatan Kontrak Tanpa Notis Oleh Pekerja
(S 21 (2) Akta Kerja 1955)

Pekerja yang menamatkan kontrak pekerjaan tanpa notis atas alasan :

●  Telah membayar amaun menggantikan tempuh notis penamatan kontrak olehnya;
●  Pelanggaran kontrak oleh majikan; atau
●  Dia atau orang yang di bawah tanggungnya diancam serta-merta oleh bahaya secara
    keganasan atau penyakit.

    hendaklah dibayar upahnya tidak lewat dari hari ke tiga setelah kontrak itu ditamatkan.

 ________________________________________________________________________
AKTA 452 – (AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991)


Seksyen 41 – Tugas majikan untuk mendaftar dengan Lembaga
41. (1) Tiap-tiap majikan hendaklah, melainkan jika dia sudahpun didaftarkan dengan Lembaga, sebelum berakhirnya minggu pertama di dalam bulan pertama yang di dalamnya dia membayar upah yang berkenaan dengannya dia adalah dikehendaki untuk membayar caruman di bawah Akta ini, mendaftar dengan Lembaga mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
(2) Mana-mana majikan yang melanggar peruntukan-peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
(3) Jika mana-mana orang terhenti daripada menjadi seorang majikan, mengikut pengertian Akta ini, dia hendaklah dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, memberitahu Lembaga mengenainya mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
(4) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan-peruntukan subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan. 

Seksyen 42 – Tugas majikan untuk menyediakan dan memberikan penyata upah
42. (1) Tiap-tiap majikan hendaklah menyediakan dan memberikan penyata upah kepada setiap dan tiap-tiap orang pekerja dan penyata upah tersebut hendaklah mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah.
(2) Tiap-tiap majikan hendaklah menyediakan dan menyimpan satu atau lebih daftar yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah dan daftar tersebut hendaklah disimpan bagi sesuatu tempoh supaya tiap-tiap butir yang direkodkan di dalamnya boleh didapati bagi pemeriksaan untuk tidak kurang daripada enam tahun selepas ia direkodkan.
Seksyen 45 – Pembayaran Caruman
45. (1) Kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, majikan hendaklah, pada mulanya, bertanggungan untuk membayar keduadua caruman yang kena dibayar oleh dirinya serta juga, bagi pihak dan dengan tidak termasuk pekerja, caruman yang kena dibayar oleh pekerja tersebut; dan bagi maksud-maksud Akta ini caruman yang dibayar oleh majikan bagi pihak pekerja hendaklah disifatkan caruman oleh pekerja.
(2) Caruman yang kena dibayar oleh majikan bagi dirinya dan bagi pihak pekerja di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar berkenaan dengan upah bulan pertama dan berikutnya.
(3) Walau apa pun seksyen 49, jika majikan gagal membayar apa-apa caruman yang kena dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, majikan itu hendaklah sebagai tambahan kepada caruman itu bertanggungan untuk membayar dividen yang terakru atas caruman itu jika caruman itu telah dibayar oleh majikan itu dalam tempoh yang ditetapkan itu pada kadar yang diisytiharkan di bawah seksyen 27 mengikut apa-apa cara dan pengiraan yang ditentukan oleh Lembaga:

Dengan syarat bahawa jika kadar dividen bagi sesuatu tahun tertentu belum lagi diisytiharkan oleh Lembaga, kadar dividen terakhir yang diisytiharkan itu hendaklah terpakai bagi maksud pengiraan dividen bagi tahun itu.
(4) Mana-mana majikan yang melanggar peruntukan subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Seksyen 46
– Tanggungan bersama dan berasingan bagi pengarah-pengarah, dsb.
46. (1) Jika apa-apa caruman masih tak dibayar oleh sesuatu syarikat, sesuatu firma atau sesuatu persatuan orang-orang, maka, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, pengarah-pengarah syarikat itu termasuklah mana-mana orang yang pernah menjadi pengarah syarikat itu dalam masa tempoh yang di dalamnya caruman itu bertanggungan dibayar, atau pekongsi-pekongsi firma itu, termasuklah mana-mana orang yang pernah menjadi pekongsi firma itu dalam masa tempoh yang di dalamnya caruman itu bertanggungan dibayar, atau pemegang-pemegang jawatan dalam persatuan orang-orang itu, termasuklah mana-mana orang yang pernah menjadi pemegang jawatan dalam persatuan itu dalam masa tempoh yang di dalamnya caruman itu bertanggungan dibayar, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah bersama dengan syarikat, firma atau persatuan orang-orang yang bertanggungan untuk membayar caruman tersebut, bersama-sama dan berasingan bertanggungan bagi caruman yang genap masa untuk dibayar dan kena dibayar kepada Kumpulan Wang.
(2) Dalam seksyen ini perkataan "caruman" hendaklah disifatkan sebagai termasuk apa-apa dividen dan faedah yang kena dibayar ke atas mana-mana caruman.

 ________________________________________________________________________



AKTA 4 – (AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969)


Pendaftaran perusahaan

4.
Tiap-tiap perusahaan yang terhadapnya Akta ini terpakai hendaklah didaftarkan dengan Pertubuhan dalam masa dan mengikut cara yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan.


Semua pekerja hendaklah diinsuranskan

5.
Tertakluk kepada Akta ini, semua pekerja dalam perusahaan yang terhadapnya Akta ini terpakai hendaklah diinsuranskan mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta ini.


Caruman

6.
(1) Caruman yang kena dibayar di bawah Akta ini bagi seseorang pekerja adalah terdiri daripada caruman yang kena dibayar oleh majikan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai
caruman majikan) dan caruman yang kena dibayar oleh pekerja (kemudian daripada ini dirujuk sebagai caruman pekerja) dan hendaklah dibayar kepada Pertubuhan.

(2) Caruman itu hendaklah dibahagi kepada dua jenis yang berikut, iaitu:

(a) caruman jenis pertama, yang merupakan caruman yang kena dibayar oleh atau bagi pihak pekerja yang diinsuranskan terhadap kontingensi keilatan dan bencana kerja; dan

(b) caruman jenis kedua, yang merupakan caruman yang kena dibayar oleh atau bagi pihak pekerja yang diinsuranskan hanya terhadap kontingensi bencana kerja.

(3) Tiap-tiap jenis caruman itu hendaklah dibayar mengikut kadar yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(4) Caruman jenis pertama hendaklah dibayar oleh majikan dan pekerja mengikut bahagiannya masing-masing sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian I dalam Jadual Ketiga.

(5) Caruman jenis kedua hendaklah dibayar semuanya oleh majikan.

(6) Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, meminda, menambah, mengubah atau mengkaji semula kadar caruman yang
dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(7) Sebulan ialah kiraan tempoh yang baginya semua caruman kena dibayar di bawah Akta ini.

(8) Caruman yang kena dibayar bagi tiap-tiap satu bulan hendaklah biasanya kena dibayar pada hari akhir bulan itu, dan jika pekerja diambil kerja dengan majikan bagi sebahagian
sesuatu bulan, caruman bulan itu hendaklah kena dibayar pada hari akhir dia bekerja dengan majikan itu dalam bulan tersebut.

(9) Jika dua caruman atau lebih dibayar berkenaan dengan orang berinsurans yang sama bagi bulan yang sama, carumancaruman itu hendaklah dikira sebagai satu caruman bulanan
tunggal.

(10) Pada menghitung purata gaji anggapan bagi maksud mengira kadar pencen atau faedah yang kena dibayar di bawah Akta ini, dua caruman bulanan atau lebih yang dibayar berkenaan dengan orang berinsurans yang sama bagi bulan yang sama hendaklah dikira sebagai satu caruman bulanan tunggal yang bersamaan dengan agregat gaji bulanan anggapan yang berlainan yang dimaksudkan oleh caruman itu:

Dengan syarat bahawa jika agregat gaji bulanan anggapan yang berlainan yang bersamaan dengan caruman yang berlainan melebihi gaji bulanan anggapan yang maksimum, maka gaji
bulanan anggapan hendaklah gaji bulanan yang maksimum itu.


Majikan utama hendaklah mendahulukan pembayaran caruman

7.
(1) Majikan utama hendaklah membayar caruman majikan dan caruman pekerja kedua-duanya bagi tiap-tiap seorang pekerja sama ada yang diambil kerja terus olehnya atau melalui seorang majikan langsung.

(2) Walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam manamana undang-undang bertulis yang lain tetapi tertakluk kepada Akta ini dan peraturan-peraturan, jika ada, majikan utama adalah, mengenai seseorang pekerja yang diambil kerja terus olehnya, berhak mendapatkan daripada pekerja itu caruman pekerja dengan memotong daripada gajinya tetapi tidak dengan cara lain:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa potongan sedemikian boleh dibuat daripada mana-mana gaji kecuali gaji yang bersabit dengan tempoh atau bahagian tempoh yang mengenainya caruman kena dibayar, atau yang lebih daripada caruman pekerja bagi tempoh itu.

(3) Walau apa pun yang terkandung dalam apa-apa kontrak yang berlawanan, majikan utama atau majikan langsung tidak berhak memotong caruman majikan daripada mana-mana gaji yang kena dibayar kepada seseorang pekerja atau mendapatkan caruman itu daripadanya dengan apa-apa cara lain.

(4) Apa-apa jumlah wang yang dipotong oleh majikan utama daripada gaji di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah diamanahkan kepadanya oleh pekerja bagi maksud
membayar caruman yang kerananya wang itu telah dipotong.


Mendapatkan balik caruman daripada majikan langsung

8.
(1) Seseorang majikan utama, yang telah membayar caruman bagi seseorang pekerja yang diambil kerja olehnya atau melalui seorang majikan langsung, adalah berhak mendapatkan balik wang caruman yang telah dibayar itu (iaitu caruman majikan serta jua caruman pekerja, jika ada) daripada majikan langsung, sama ada dengan memotong wang itu daripada apa-apa wang yang kena dibayar kepadanya oleh majikan utama di bawah apa-apa kontrak, atau sebagai suatu hutang yang kena dibayar oleh majikan langsung itu.

(2) Dalam hal yang dirujuk dalam subseksyen (1), majikan langsung adalah berhak mendapatkan balik caruman pekerja daripada pekerja yang diambil kerja olehnya atau melaluinya dengan memotong daripada gaji dan tidak dengan apa-apa cara lain, tertakluk kepada subseksyen 7(2).


Peruntukan am tentang pembayaran caruman

9.
(1) Caruman (iaitu caruman majikan dan caruman pekerja) hendaklah dibayar oleh majikan utama bagi tiap-tiap bulan yang bagi keseluruhan atau sebahagiannya gaji kena dibayar kepada pekerja dan tidak bagi mana-mana bulan atau bahagian bulan yang lain.

(2) (Dipotong oleh Akta A675).


Caruman jika perusahaan atau pekerja tidak diinsuranskan atau didaftarkan

9A.
Caruman hendaklah kena dibayar berkenaan dengan pekerja mulai dari bulan mereka memasuki pekerjaan dan caruman itu kena dibayar walaupun perusahaan yang baginya Akta ini terpakai atau pekerja atau kedua-duanya tidak diinsuranskan atau didaftarkan
dengan Pertubuhan:

Dengan syarat bahawa majikan yang telah membayar tunggakan caruman berkenaan dengan seseorang pekerja akan hanya berhak mendapat balik daripada gaji yang kena dibayar walau apa pun proviso kepada subseksyen 7(2) bahagian caruman pekerja yang kena dibayar dalam masa enam bulan terdahulu yang akhir sebelum tarikh pembayaran.


Pengesahan caruman yang dipungut

9B.
Apa-apa caruman yang dipungut oleh Pertubuhan bagi seseorang pekerja yang tidak didaftarkan bagi maksud insurans di bawah Akta ini bagi apa-apa tempoh sebelum 1 Julai 1987 adalah dengan ini disahkan dan diisytiharkan sebagai telah dipungut secara sah di sisi undang-undang.


Cara membayar caruman

10.
Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi apa-apa perkara yang berkaitan atau bersampingan dengan pembayaran dan pemungutan caruman yang kena dibayar di bawah Akta ini dan dengan tidak menyentuh keluasan kuasa yang tersebut di atas peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan tentang—

(a) cara dan masa pembayaran caruman;

(b)
pembayaran caruman sama ada dengan wang tunai atau cek atau apa-apa cara pembayaran yang lain;

(c)
tarikh sehingga bila keterangan mengenai caruman yang telah dibayar akan diterima oleh Pertubuhan;

(d)
catatan dengan cara yang diluluskan butiran dalam atau pada buku, borang mengenai caruman yang dibayar dan faedah yang dibahagikan mengenai orang berinsurans yang berkaitan dengan buku atau borang itu; dan

(e) pengeluaran, penjualan, penyimpanan, pengemukaan, pemeriksaan dan penyerahan bahan, buku, atau borang atau penggantian bahan, buku atau borang yang telah hilang, binasa atau cacat.


Majikan hendaklah memberikan penyata dan menyenggarakan daftar dalam hal tertentu

11.
(1) Setiap majikan utama dan majikan langsung hendaklah menyampaikan kepada Pertubuhan atau kepada mana-mana pegawai Pertubuhan sebagaimana yang diarahkan oleh Pertubuhan apa-apa penyata mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat bagi maksud ini berkenaan dengan orang yang diambil kerja olehnya atau berkenaan dengan mana-mana perusahaan yang mengenainya dia adalah majikan utama atau majikan langsungnya.

(2) Jika, mengenai sesuatu perusahaan, Pertubuhan ada sebab untuk mempercayai bahawa sesuatu penyata sepatutnya telah disampaikan menurut subseksyen (1) tetapi tidak disampaikan, Pertubuhan boleh menghendaki sesiapa yang mengetuai perusahaan itu memberikan apa-apa butir yang pada pendapatnya adalah perlu bagi maksud membolehkan Pertubuhan memutuskan sama ada perusahaan itu adalah suatu perusahaan yang
mengenainya Akta ini terpakai.

(3) Tiap-tiap majikan utama dan majikan langsung hendaklah menyenggarakan daftar atau rekod mengenai perusahaannya sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan yang dibuat bagi maksud ini.


BAHAGIAN VI

PENALTI

Hukuman bagi maklumat palsu

93.
Jika mana-mana orang, bagi maksud menyebabkan apa-apa tambahan pembayaran atau faedah di bawah Akta ini, atau bagi maksud menyebabkan apa-apa pembayaran atau faedah dibuat jika pembayaran atau faedah itu tidak dibenarkan oleh atau di bawah Akta ini, atau bagi maksud mengelakkan apa-apa pembayaran daripada dibuat olehnya sendiri di bawah Akta ini, atau membolehkan mana-mana orang lain mengelakkan apa-apa
pembayaran sedemikian—

(a)
membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa pernyataan palsu atau representasi palsu; atau

(b)
membuat secara bertulis atau menandatangani apa-apa akuan, borang, laporan, perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir material, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau kedua-duanya.


Hukuman bagi kemungkiran membayar caruman, dsb.

94.
Jika sesiapa—

(a)
mungkir membayar apa-apa caruman atau mana-mana bahagiannya yang kena dibayar olehnya di bawah Akta ini atau tidak membayar dalam masa yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan apa-apa bunga yang kena dibayar di bawah seksyen 14A;

(b) memotong atau cuba memotong kesemua atau sebahagian caruman majikan daripada gaji seseorang pekerja;

(c)
dengan menyalahi seksyen 52 mengurangkan gaji atau apa-apa keistimewaan atau faedah yang dibenarkan bagi seseorang pekerja;

(d)
dengan menyalahi seksyen 53 atau mana-mana peraturan, membuang kerja, memberhentikan, mengurangkan ataupun menghukum seseorang pekerja;

(e)
mungkir atau enggan menyampaikan apa-apa penyata atau laporan kemalangan yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan atau membuat sesuatu penyata atau laporan palsu;

(f)
menghalang seseorang Pemeriksa atau pegawai lain Pertubuhan pada menunaikan kewajipannya; atau

(g)
melakukan kesalahan melanggar Akta ini atau tidak mematuhi apa-apa kehendak Akta ini atau kaedahkaedah atau peraturan-peraturan yang tidak ada penalty khas diperuntukkan baginya, ia hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau kedua-duanya.


Perintah Mahkamah berkenaan dengan caruman yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan

94A.
(1) Apabila seseorang didapati bersalah kerana melakukan apa-apa kesalahan di bawah perenggan 94(a), Mahkamah yang mendapati orang itu bersalah hendaklah memerintahkan orang itu membayar kepada Pertubuhan amaun apa-apa caruman, bersama
dengan bunga yang dikreditkan kepadanya, yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan dan disahkan oleh pegawai berkuasa Pertubuhan sebagai kena dibayar oleh orang itu sebelum tarikh dia didapati bersalah itu dan perakuan pegawai berkuasa itu
hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang amaun yang genap masa dan kena dibayar itu.

(2) Caruman itu hendaklah boleh dituntut balik mengikut cara yang sama sebagaimana, dan boleh dirayukan seolah-olah ia adalah, suatu perintah bagi bayaran pampasan di bawah seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], kecuali bahawa jika Mahkamah mengarahkan supaya pembayaran jumlah wang itu dibuat secara ansuran, Mahkamah hendaklah mengarahkan supaya jumlah wang itu dibayar dengan tidak lebih daripada enam
ansuran.

(3) Apabila seseorang itu didapati bersalah atas mana-mana kesalahan di bawah perenggan 94(e) berkenaan dengan pengemukaan laporan kemalangan, Mahkamah yang dihadapannya orang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu mengemukakan laporan kemalangan yang dikehendaki itu dalam masa yang ditentukan oleh 
Mahkamah.


No comments:

Post a Comment