3 February 2014

PEKERJA YANG DIZALAMI - Pekerja Yang Dilindungi Akta Kerja, 1955 (Akta 265)






Oleh Faudzil Harun


PEKERJA YANG DILINDUNGI AKTA KERJA 1955


Akta Kerja 1955 melindungi pekerja seperti berikut :

1.   Pekerja yang menerima upah tidak melebihi RM2,000 sebulan;

2.   Pekerja tidak kira jumlah upahnya sebulan yang telah memasuki
      perjanjian dengan majikan dimana :

      (1)  Dia telah diambil bekerja sebagai buruh kasar termasuk
              sebagai seorang tukang atau perantis; dengan syarat, jika
              seseorang diambil bekerja sebahagiannya dalam pekerjaan
              kasar dan sebahagiannya lagi dalam tugas lain, maka tidak
              boleh dianggap sebagai pekerjaan kasar melainkan pekerjaan
              kasar itu melebihi satu setengah dari jumlah masa yang
              dikehendaki bekerja dalam tempoh upah tersebut.

      (2)  Dia terlibat dengan operasi atau pengendalian kenderaan
             berjentera yang dijalankan untuk pengangkutan
             penumpang
 atau barangan atau untuk upah atau untuk tujuan
             perdagangan.

      (3)  Dia menyelia atau menjaga pekerja-pekerja lain yang terlibat
              dengan pekerjaan kasar yang diambil bekerja oleh majikan yang
              sama dalam dan sepanjang tempuh perlaksanaan pekerjaan
              mereka.

      (4)  Dia diambil bekerja atas kapal yang didaftarkan di
              Malaysia
 dimana :

            (a)  bukan seorang pegawai yang disahkan di bawah Akta
                   Perkapalan Saudagar United Kingdom;
            (b)  bukan pemegang sijil tempatan yang diiktiraf dalam Bahagian
                   VII Ordinan Perkapalan Saudagar 1952; atau
            (c)  tidak memasuki suatu perjanjian di bawah Bahagian III
                  Ordinan Perkapalan Saudagar 1952; atau
                  
  Bahagian XII tidak terpakai.

      (5)  Dia diambil bekerja sebagai orang gaji domestik.
            
  Seksyen 12, 14, 16, 22, 61, 64 dan Bahagian IX, XII dan XIIA
                tidak terpakai.

3.   Untuk tujuan Jadual ini “upah” bermaksud upah yang ditafsirkan di
      bawah seksyen 2 tetapi tidak termasuk bayaran komisyen, elaun
      subsisten dan bayaran kerja lebih masa.

      >> Rujuk Jadual Pertama di bawah Akta Kerja 1955

4.   Pekerja yang menerima upah lebih dari RM2000 sebulan tetapi
      tidak melebihi RM5000 sebulan dan membuat aduan berkaitan upah
      dan bayaran tunai di bawah kontrak perkhidmatan dengan
      majikannya di bawah Seksyen 69.





No comments:

Post a Comment