19 April 2014

TRAGEDI - Buruh maut motosikal langgar kereta rosak






WARTAWAN SINAR HARIAN - 15 April 2014



  • Buruh maut motosikal langgar kereta rosakMayat Moddin dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.
 1 / 1 
BUTTERWORTH - Seorang warganegara Bangladesh maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta rosak di Kilometer 137.3 Lebuhraya Utara Selatan, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.45 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Moddin Ali, 30-an yang bekerja sebagai buruh binaan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian badan.

Difahamkan, motosikal mangsa merempuh bahagian belakang Perodua Kancil yang rosak di bahu jalan sebelum tercampak ke atas jalan.

Motosikal Yamaha 135 LC yang ditungganginya kemudian dilanggar dua penunggang motosikal lain yang tidak sempat mengelak.

Dua mangsa yang mengalami kecederaan ringan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan manakala mayat Moddin dihantar ke hospital sama bagi proses bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.


No comments:

Post a Comment