20 April 2014

TRAGEDI - Dua remaja Orang Asli hilang di Sungai Pahang






WARTAWAN SINAR HARIAN - 16 April 2014


  • Dua remaja Orang Asli hilang di Sungai PahangOrang ramai di lokasi dua sepupu berusia 15 dan 17 tahun dikhutiri lemas selepas mandi di Sungai Pahang.
 1 / 1 
Temerloh - Dua remaja Orang Asli dikhuatiri lemas selepas mandi di Sungai Pahang di Kampung Lompat, di sini petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh Hashnudin Hussin berkata, kedua-dua remaja itu Suhaimi Ismail 17, dan Hasmarizan Yusof 15, mandi dan bermain buluh di Sungai Pahang dekat kampung terbabit.

Menurutnya, kedua-dua remaja Orang Asli itu menunggang motosikal sejauh 8 kilometer dari rumah keluarga mereka untuk mandi di situ.

“Bomba menerima maklumat jam 3.05 petang mengenai kejadian daripada orang awam dan menghantar  seramai 12 pegawai dan anggota termasuk pasukan penyelamat di air (PPA) bersama peralatan menyelamat.

“Operasi menyelamat bermula jam 4 petang dan ditutup kira-kira jam 7 petang dan akan disambung semula esok.

Sementara itu ibu kepada Suhaimi, Lijah Sarif berkata, kedua-dua mangsa adalah sepupu.

“Saya tak tahu nak cakap apa lagi, dulu bapa saudara dia lemas, sekarang dia pula di tempat yang sama.

“Dia (suhaimi) bagi tahu abang dia nak mandi sungai, dia tahu saya tak akan benarkan, dia takut beri tahu saya,” katanya.


No comments:

Post a Comment