10 May 2014

RAWAT HATI - Ibu yang mulia






APAKAH SEBENARNYA HARI IBU?

Adakah dengan memberi ucapan pada tanggal 10 Mei setiap tahun?

Adakah dengan belanja ibu makan pada setiap hari ibu?
Ibu itu sebenarnya mesti diletakkan di kedudukan teratas dalam senarai setiap anak di dunia ini.

Seorang anak wajib Menghormati Ibu, Menyayangi Ibu, Menjaga Hati Ibu, Menjaga Ibu di kala usia tuanya.
Ramai anak di dunia ini melakukan segala yg mereka mampu untuk memuliakan ibu mereka, beruntunglah anak-anak itu.

Namun terdapat ramai anak-anak yg tidak memperdulikan ibu mereka, malah mereka mengutamakan kerjaya, perniagaan, kawan-kawan dan pelbagai perkara lain.

Yang paling sedih sekali, terdapat ramai anak-anak yang "TIDAK MAHU" menjaga ibu mereka yang sudah tua.

Anak-anak ini sanggup membiarkan ibu mereka tinggal seorang diri. Ada juga anak-anak yang tidak menziarahi ibu mereka. Anak apakah ini? Sudah tentu mereka ini tergolong dalam golongan "ANAK DERHAKA".

Tuhan sangat murka kepada anak-anak derhaka.
Anak-anak derhaka
tidak akan mendapat rahmat Tuhan.
Neraka lah
tempat anak-anak derhaka.

Jika anda mempunyai ibu yang sudah tua, jagalah ibu anda seperti anda menjaga nyawa anda sendiri. Berikan ibu anda segala yang terbaik. Janganlah hanya asyik sibuk mengumpul wang, menambah harta, mengejar nama kerana ibu adalah yang paling utama.

Wallahualam


No comments:

Post a Comment