24 June 2014

KAPITAN CINA KUALA LUMPUR - Kapitan Yap Ah Loy : Kapitan ke 3 (1868-1885)






Yap Ah Loy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas



Yap Ah Loy (juga dikenali sebagai Yap Tet Loy dan Yap Mao Lan) (14 Mac 1837 - 15 April 1885) merupakan Kapitan Cina ketiga dan pengasas kota Kuala Lumpur

Beliau telah memacu kota dari sebuah pusat perlombongan kepada ibu kota Malaysia

Hari ini sempena memperingati beliau, sebuah jalan diabadikan sebagai Jalan Yap Ah Loy di tengah-tengah kawasan Chinatown di Kuala Lumpur.

Kehidupan Awal
Beliau dilahirkan di Wilayah Guangdong di selatan Negara China. Ibubapanya menetap di kampung Tan Shui di daerah Kwai Yap. Beliau juga merupakan keturunan Hakka. Yap Ah Loy meninggalkan China melalui Macau untuk ke Malaya pada 1854 pada umur 17 tahun dan mendapati Malaya sangat berbeza dari China. Malaya pada ketika itu dikenali sebagai negara emas dan bijih timah. Beliau pada mulanya tinggal di Durian Tunggal dan kemudiannya menumpang di rumah pak ciknya di Kesang.

Pada mulanya, dia gagal menyara diri dan telah membuat keputusan untuk kembali ke China. Ketika kapalnya berlabuh di tengah perjalanan, kerana terdesak kerana tak ingin kembali dengan tangan kosong, dia telah mencuba nasib di meja judi. nasib tak menyebelahinya dan dia kehilangan semua duit yang dia ada. kerana terlalu malu untuk balik setelah gagal, dia mengambil keputusan untuk mencuba lagi sekali lalu beliau pun ke Lukut.

Di Lukut, Yap Ah Loy berkerja sebagai tukang masak dan kemudiannya penternak babi. Kemudiannya dia berpindah ke Sungai Ujong. Dia bernasib baik dapat tinggal dengan Liu Ngim Kong, ketua panglima atau orang kanan kepada Kapitan Shin. 1860, berlakunya perang Sungai Ujong dimana Kapitan Shin telah terbunuh. Yap Ah Loy sendiri hampir mati akibat perang itu. Kapitan Yap Ah Shak kemudiannya memberi kata putus untuk melantik Yap Ah Loy sebagai kapitan Sungai Ujong.

Dalam enam atau tujuh tahun, Yap Ah Loy bertukar menjadi seorang yang tegas dan lebih arif dalam perniagaan. Dia ketika itu sangat berbeza dari dirinya ketika mula tiba di Malaya. Yap Ah Loy pergi ke Kuala Lumpur atas permintaan Liu Ngim Kong yang ketika itu telah menjadi orang kanan Kapitan Hiu Siew. Liu Ngim Kong dan Yap Ah Loy sangat rapat. Apabila Liu Ngim Kong menjadi kapitan kedua Kuala Lumpur, dia memilih Ah Loy untuk menjadi pemangkunya.

Peranannya dalam pembangunan Kuala Lumpur
Pada tahun 1881, kota Kuala Lumpur telah musnah menyeluruh akibat kejadian kebakaran, kerugian dianggar mencecahi $100,000. Kapitan Yap Ah Loy membeli hartanah di sekeping tanah desa pinggiran Kuala Lumpur yang kini dikenali Brickfields dan menyaran penghasilan batu-bata dijalankan serta merta untuk membina balik Kuala Lumpur dengan batu-bata dan ubin untuk menggantikan rumah atap daun yang telah musnah kebakaran. Secara tidak langsung, Brickfields telah diasaskan Kapitan. Beliau juga meminjam wang dan memberitahu Residen Selangor Sir Frank Swettenham tentang hasratnya membelanja sebanyak $20,000 untuk pembinaan jalan raya serentak yang kini merupakan arteri utama kota KL. Antaranya, Jalan Ampang, Jalan Pudu, Jalan Petaling. Selepas itu, Kuala Lumpur telah dinamakan ibukota negeri Selangor, dan seterusnya ibu kota Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Di samping itu, perkilangan ubi kayu dibangunkan di Jalan Petaling. Sultan Selangor Sultan Abdul Samad mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. Kapitan telah menegakkan keadilan batasan dengan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman melalui bantuan geng Hai San dan polis tempatan. Kapitan Yap Ah Loy telah membina sekolah pertama di Kuala Lumpur dan sebuah. Beliau juga antara pengasas utama sekolah elit Victoria Institution di Jalan Shaw, Kuala Lumpur.

Senarai Kapitan Cina Kuala Lumpur
·         1858-1861: Kapitan Hiu Siew
·         1862-1868: Kapitan Liu Ngim Kong
·         1868-1885: Kapitan Yap Ah Loy
·         1885-1889: Kapitan Yap Ah Shak
·         1889-1902: Kapitan Yap Kwan Seng

Selepas kematian Yap Kwan-Seng pada 1902, gelaran Kapitan Cina telah dihapuskan.


No comments:

Post a Comment