26 June 2014

PEMBUNUHAN KEJAM ALTANTUYA - Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman rayuan pembunuhan Altantuya






The Malaysian Insider – 22 hours ago



Bekas komando polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar hanya menuduh sesama mereka tanpa pembelaan yang serius dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu (gambar), ketika sesi pendengaran di Mahkamah Persekutuan hari ini.
Pendakwaraya Datuk Tun Abdul Majid Hamzah dalam hujahnya di hadapan lima panel, pembelaan alibi Azilah tidak lebih sekadar khabar angin dan tidak boleh diterima sebagai bukti.
Tambahnya, kenyataan Sirul juga tidak lebih daripada penafian.
"Responden pertama berkata, dia meninggalkan mayat bersama responden kedua, dan responden kedua kata dia meninggalkan mayat dengan responden pertama.
"Kenyataan mereka itu menyalahkan satu sama lain," kata Majid ketika sesi pendengaran di mahkamah hari ini.
Majid berkata, pada malam 19 Oktober, 2006, Azilah dan Sirul membawa Altantuya ke Bukit Aman menggunakan kereta Sirul dan itu kali terakhir mangsa didapati hidup.
Tambahnya, barang kemas Altantuya juga ditemui di kediaman Sirul dengan dipenuhi darah, dan selipar yang ditemui dalam Jeep Suzuki miliknya turut mempunyai kesan darah.
"Sampel darah Setev (bapa Altantuya) diambil pada 10 November dan tiada darah diambil daripada Namiraa, sepupunya dan darah ibunya diambil kemudian.
"Tiada kesan darah pada barang kemas dan selipar kecuali sesuatu berlaku kepadanya antara Bukit Aman dan lokasi kejadian mayatnya ditemui," kata Majid.
Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin bagaimanapun berkata, Azilah dan Sirul bersama di Hotel Malaya dan di luar rumah Abdul Razak Baginda boleh dijelaskan dalam inferens berbeza.
"Kedua-dua responden dilihat bersama mangsa di luar kediaman Razak Baginda kerana dipanggil untuk memberikan bantuan. Tiada unsur jenayah di sini," katanya.
Kamarul menambah, hanya kerana mereka dilihat bersama di lokasi berkenaan, ia tidak menunjukkan mereka merancang untuk membunuh mangsa.
Beliau turut berkata, bukti rakaman Sirul melalui tol Kota Damansara malam itu tidak mengikatnya melakukan jenayah kerana itu adalah laluannya pulang ke rumah.
Beliau kemudiannya menjelaskan hakim perbicaraan tidak membuat sebarang kenyataan berkenaan penemuan Seksyen 34 Kanun Keseksaan mereka bekerjasama melakukan pembunuhan.
"Hakim perbicaraan tidak membuat kesimpulan, komen, analisis, atau penemuan terhadap Seksyen 32, dan dalam mana-mana kes, bukti tidak menunjukkan Seksyen 34.
"Jika tiada Seksyen 34, mereka bersalah atas kesalahan apa?" soalnya.
Kamarul berkata, ia adalah kenyataan Sirul daripada kandang barang kemas ditemui di rumahnya dan selipar ditemui dalam Jeep miliknya dirancang.
"Dia berkata dia diperangkap dan individu sebenar bertanggungjawab atas jenayah ini tidak berada di mahkamah dan dia dijadikan kambing hitam," kata Kamarul.
Beliau turut memberitahu mahkamah, tiada kesan darah ditemui pada barang kemas.
Ketua Hakim Tun Ariffin Zakaria menangguhkan penghakiman Putrajaya untuk merayu ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Azilah dan Sirul didakwa bersekongkol dan dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 atas dakwaan membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan Shah Alam pada Oktober, 2006.

Pendakwaan mereka itu bagaimanapun ditukar oleh Mahkamah Rayuan tahun lalu. – 25 Jun, 2014.

No comments:

Post a Comment