3 July 2014

KEJADIAN NGERI - Sembelih budak sebelum berbuka






Harian Metro


Beluran: Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki yang bersiap sedia untuk berbuka puasa bersama keluarga bertukar tragedi apabila dikelar di leher dengan pisau pemotong daging oleh bapa saudaranya sehingga mati. Kejadian berlaku jam 6 petang kelmarin di sebuah restoran di Kampung Gambaron Telupid, dekat sini.
Mangsa, Mohamad Khairul Abdullah, 4, yang cedera parah di leher dikejarkan ke Klinik Kesihatan Telupid, dekat sini, untuk rawatan lanjut namun gagal diselamatkan.
Difahamkan, ketika kejadian itu, mangsa bersama ahli keluarganya termasuk suspek yang juga bapa saudaranya sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa di restoran makanan terbabit yang juga milik ibu mangsa.
Bagaimanapun, suspek dikatakan memanggil mangsa lalu membawanya ke bahagian belakang restoran sebelum bertindak mengelar leher mangsa dengan menggunakan pisau pemotong daging yang diambil dari restoran berkenaan.
Selepas kejadian itu, mangsa yang kesakitan menjerit sebelum disedari oleh keluarganya lalu bergegas membawa mangsa ke klinik untuk rawatan, namun mangsa tidak dapat diselamatkan.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Sivanathan berkata, pihaknya yang menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 7 malam kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan suspek berusia 23 tahun berjaya ditahan.
Menurutnya, siasatan awal polis mendapati suspek adalah bapa saudara kepada mangsa dan kejadian berlaku ketika suspek mahu berbuka puasa di restoran berkenaan bersama keluarganya.
Pada masa itu, suspek mengambil sebilah parang pemotong daging lalu memanggil mangsa yang ketika itu bermain berhampiran kipas elektrik di dalam restoran berkenaan.
Suspek kemudian membawa mangsa ke belakang restoran berhampiran tandas lalu bertindak mengelar leher mangsa dengan parang yang dibawanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, mangsa yang cedera parah di leher kemudian menjerit kesakitan sebelum ahli keluarga mangsa terdengar lalu melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
Mangsa kemudian dibawa terus ke Klinik Kesihatan Telupid, dekat sini, untuk rawatan lanjut namun mangsa gagal diselamatkan.
Suspek kemudian ditahan oleh ahli keluarganya yang lain sebelum diserahkan kepada pihak polis. Sebilah parang dipercayai digunakan ketika kejadian ditemui di lokasi kejadian,” katanya.
Sivanathan berkata, polis tidak mengetahui punca suspek bertindak sedemikian kerana suspek tidak bergaduh atau marah dengan sesiapa di restoran berkenaan.
Berikutan itu, kami percaya suspek mungkin mengalami masalah mental. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchees of Kent Sandakan untuk bedah siasat,” katanya.


No comments:

Post a Comment