30 September 2014

KISAH PAK DOLAH - Pak Dolah buat Pesanan di KFC






Suatu hari setelah penat berjalan di bawah terik matahari, Pak Dolah lalu depan KFC.

Pak Dolah mendapat idea untuk sejukkan badan dalam KFC yang berhawa dingin tu.

Pak Dolah terus masuk ke dalam KFC. Sebaik masuk, Pak Dolah berdiri di suatu sudut sambil mengibas baju yang lembab akibat peluh.

Tiba-tiba seorang pekerja KFC berkata, "selamat datang boleh saya ambil pesanan?"

Pak Dolah hanya berdiam diri.

Pekerja itu bertanya lagi "Pakcik nak buat pesanan?"

Pak Dolah hanya tersenyum dan terus berdiri, lalu pekerja itu menunjukkan raut wajah seperti orang menyampah.

Pak Dolah nampak raut wajah itu tapi hanya berdiam diri.

Dalam pada itu, baju Pak Dolah yang tadi lembab itu sudah kering dan badan Pak Dolah pun sudah menjadi sejuk. Pak Dolah terfikir bolehlah dia keluar dari KFC dan teriskan perjalanan.

Tiba-tiba pekerja tadi bertanya dengan nada yang agak kuat "Pakcik nak buat pesanan?"

Pak Dolah yang sememangnya mahu berjalan keluar menghampiri pekerja tadi dan berkata hah!! saya cuma nak buat pesanan ...... "lain kali belajar hormat orang tua". Pak Dolah terus berjalan menuju pintu keluar.

Tiba-tiba Pak Dolah menoleh kepada pekerja itu dan berkata lagi "ada 1 lagi terlupa nak buat pesanan tadi, .... " sambil tersenyum Pak Dolah buat pesanan "jangan tinggal solat".






No comments:

Post a Comment