22 September 2014

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA - Soalan-Soalan Lazim





Soalan-soalan berikut lazimnya diajukan oleh pengunjung Laman Web Mahkamah Perusahaan Malaysia. 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi kami di talian +60392365000 atau emel kepada kami di mpm (AT) mohr (DOT) gov (DOT) my

S1 : Apakah remedi yang diperintah dalam kes pembuangan kerja?

J1 : Dipulihkan semula ke jawatan asalnya atau pampasan jika pemulihan ke jawatan asal
       tidak dibenarkan dan tunggakan gaji kebelakangan.



S2 : Siapakah boleh mewakili saya di Mahkamah Perusahaan?

J2 : Mengikut seksyen 27 (1), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 :
Arrow Jika pihak itu adalah kesatuan sekerja diwakilkan oleh seorang pegawai atau pekerja
   kesatuan sekerja

Arrow Jika pihak itu adalah seorang majikan, hadir secara persendirian atau diwakilkan oleh
   pekerjanya yang diberi kuasa, atau oleh seorang pegawai atau pekerja kesatuan sekerja,
   majikan-majikan di mana dia seorang ahli

Arrow Jika pihak itu adakah seorang pekerja (dalam prosiding di bawah seksyen 20 (3), Akta
   Perhubungan Perusahaan 1967) hadir secara persendirian atau jika dia seorang ahli
   kesatuan sekerja pekerja-pekerja diwakilkan oleh seorang pegawai atau pekerja kesatuan

Arrow Jika pihak itu adalah kesatuan sekerja, atau seorang majikan, atau seorang pekerja
   (dalam prosiding di bawah Seksyen 20 (3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967)
   diwakilkan dengan kebenaran Presiden atau Pengerusi, oleh seorang peguam, atau
   walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-
   undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftaran kesatuan-kesatuan sekerja, oleh
   mana-mana official suatu pertubuhan (tidak merupakan suatu kesatuan sekerja) majikan-
   majikan atau pekerja-pekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan didaftarkan di
   Malaysia

S3 : Bolehkan rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Perusahaan?

J3 : Tidak. Award Mahkamah Perusahaan adalah muktamat dan konklusif. 

Walaubagaimana pun ianya boleh dicabar di Mahkamah Tinggi atas alasan kesilapan undang-undang atau tiada atau melampaui bidang kuasa secara certiorari.



S4 : Adakah kos bayaran dikenakan jika mana-mana kes dirujuk ke Mahkamah
       Perusahaan?


J4 : Pada amnya tiada bayaran dikenakan jika mana-mana kes dirujuk ke Mahkamah
       Perusahaan.



S5 : Bagaimana seorang pekerja yang dipecat boleh membawa kesnya ke Mahkamah
       Perusahaan?


J5 : Seorang pekerja yang dipecat hendaklah membuat representasi secara bertulis kepada
       Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk dipulih semula ke jawatan
       asalnya dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemecatannya dan bukan merujuk terus ke
       Mahkamah Perusahaan. Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan akan
       mengadakan runding damai di antara pihak-pihak yang terlibat untuk menyelesaikan
       perkara tersebut. Jika runding damai itu gagal mencapai suatu penyelesaian
       tuntutannya akan dirujuk kepada Y.B. Menteri jika perlu merujuk kes tersebut ke
       Mahkamah Perusahaan untuk suatu keputusan.



S6 : Apakah jenis kes-kes yang dikendalikan oleh Mahkamah Perusahaan?

J6 : Kes yang dikendalikan oleh Mahkamah Perusahaan adalah :
Arrow Kes pembuangan kerja yang telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan oleh Y.B. Menteri
   Sumber Manusia

Arrow Kes pertikaian perusahaan di antara majikan/kesatuan majikan dan kesatuan sekerja
   yang telah dirujuk ke Mahkamah oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia atau rujukan terus
   ke Mahkamah Perusahaan

Arrow Permohonan oleh mana-mana pihak yang terikat dengan mana-mana award atau
   perjanjian bersama untuk interpretasi/pindaan/variasi keputusan atau perjanjian bersama
   tersebut

Arrow Permohonan oleh mana-mana pihak yang terikat dengan mana-mana award untuk
   merujuk kepada Mahkamah Tinggi soalan-soalan perundangan

Arrow Aduan atas ketidakpatuhan mana-mana syarat award atau perjanjian bersama
Arrow Kes penganiayaan berhubung dengan aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja


S7 : Siapakah yang mengendali perbicaraan di Mahkamah Perusahaan?

J7 : Bagi kes pembuangan kerja, Yang Di Pertua atau Pengerusi Mahkamah akan
       mengendalikan kes secara berseorangan. Manakala bagi kes pertikaian perusahaan,
       mahkamah akan bersidang dengan Presiden atau Pengerusi dan dua orang ahli panel
       iaitu wakil pekerja dan wakil majikan.



Sumber: http://www.mp.gov.my/


No comments:

Post a Comment