19 March 2014

MH370 - Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain : Pendedahan Bekas Ketua Juruterbang MAS Bongkar Disebalik Tragedi MH370






Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain (Pendedahan Bekas Ketua Juruterbang MAS Bongkar Disebalik Tragedi MH370) : Berita CNN adalah tidak boleh dipercayai sumber!!!


Siapa kata?

Inilah dia figura yang cukup penting mendidik rakyat Malaysia serba sedikit disebalik tragedi dan insiden MH370 melalui temuramah di Berita Astro Awani Berita Buletin Tv3, NTV7. Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, bekas ketua juruterbang Serantau MAS (Malaysia Airlines).



Biodata Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain
  Bekas ketua juruterbang Serantau MAS Malaysia Airlines.
  Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain
     berpengalamaman lebih 30 tahun.
  Isteri Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah
     Ketua Pramugari MAS Malaysia Airlines.
  Bapa Mertua Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik
     Hussain adalah bekas Ketua Jurutera Malaysia Airlines MAS.
  Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah bawa
     pasukan gergasi seperti Manchester United, Real Madrid
     serta tokoh politik dunia iaitu bekas Presiden Amerika
     Syarikat Bill Clinton.

Berita Semasa cukup tertarik dengan penerangan Datuk Kapten Nik Huzlan. Datuk Kapten Nik Huzlan berjaya menjawab persoalan dengan jelas dalam bahasa & analogi yang lebih mudah untuk difahami lebih-lebih melibatkan aspek teknikal.
Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan bersama dengan pembaca BS antara pendedahan yang dilakukan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mengenai perkembangan MH370 yang terkini. Terbaik!

Antara Intipati Pendedahan Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?

  Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti
     MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap
     pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini
     memang berkualiti.
  Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua
    mengatakan pesawat MH370 mengalami ‘total
     ‘electrical shutdown’
dan sekiranya berlaku sekalipun,
     pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat
     pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat
     mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana
     tenaga untuk pesawat.
  MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi
     ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat
     juga meminta MAS bantu dari segi ini.
  Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan
     menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh
     syarikat penerbangan lain.
  Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada
     harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung
     ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
  Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran
     arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat
     dan keluar ke belakang.
  Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sempat menemplak
     laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup
     “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat
     MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia
     sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran
     Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki,
     Uzbekistan, Turkmenistan
  Berita Semasa tertarik dengan apa yang dikatakan oleh
     Datuk Kapten Nik Huzlan,radar-radar di negara Thailand,
     India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara ‘tan’ di
     belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika
     berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam
     airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya
     jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh
     kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan
     ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak
     boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-
     sangat berbahaya”.
  Jangan tidak tahu, negara seperti di Singapura radar sangat
     hebat mereka mampu mengesan sehingga ke Kota Kinabalu.
  Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau
     mmsg dalam mode tertentu.
  Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat
     dan tahu susuralur setiap jalan di udara.
  Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional
     kerana masa tepat dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak
     perlahan dan tidak terhuyung-hayang

 

Lagi Pendedahan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain : MH370 Dirampas (MH370 Hijacked)?

  Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan
     andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) tidak
     mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang
     mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?
  MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan
     syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar
     kemungkinan “authorised person” di mana dilakukan dalam
     bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala
     komando
  Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan
     kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan
     oleh org yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran
     tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar
  Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun
     tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis
     kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin
     krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit
     mempunyai CCTV unttk pilot/co pilot melihat disebalik
     pintu tersebut.
  Tetapi Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain ada
     mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah
     orang yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang
     ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku
     insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas).
  Sekiranya berlaku rampasan Mh370 sekalipun, mereka
     masih ade masa untuk bersedia menghantar isyarat
     kecemasan.
  Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain tidak menolak
     kemungkinan sekiranya MH370 hijacked (Mh370 dirampas)
     oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari),
     cuma tidak dipastikan apa motif mereka.
  Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mendedahkan
     jikalau MH370 pergi arah Kazakhtan, memang boleh
     mendarat di sana,tetapi radar masih boleh kesansebab
     untuk pergi kesana perlu melalui banyak Negara.
  Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang
     tiada kapal terbang yang pernah lalu sana.
  Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain juga ada
     mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang boleh
     detach MH370 jika Mh370 turn over ke arah barat menuju
     ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika Mh370 turun ke
     bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil
     ‘lonely sea‘ iaitu lautan hindi, baru kata kapal terbang
     Mh370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana
     yang mampu menangkap dan mengesan pesawat Mh370 ini.

Akhir sekali, Datuk Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.

Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian.


 Sumber : beritasemasa.com.my

No comments:

Post a Comment