21 June 2014

RAWAT HATI - Jangan Jadi Anak Derhaka






Nabi bersabda kepada sahabatnya sebanyak tiga kali:

"Mahukah aku memberitahu kalian mengenai dosa besar?

Mereka menjawab: "Sudah tentu wahai Rasulullah".


Nabi menjelaskan:

1.  Syirik kepada Allah
2.  Derhaka kepada ibubapa (pada masa itu Nabi duduk bersandar
     lalu menyambung).
3.  Sumpah yang palsu.'

(Riwayat Al Bukhari)


Di sini jelas dosa menderhaka kepada ibubapa di letak dalam kategori dosa mensyirik Allah (dosa terkeji).


Dengan ini Islam mengajar manusia agar sentiasa mengembirakan ibubapa lebih-lebih lagi ibubapa dalam usia lanjut selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak dan anak tidak bersikap kasar pada ibubapa:


Firman Allah Taala dalam Surah Al-Israa ayat 23:

Maksud: 
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".

Bila Allah menerangkan teras keimanan dengan Allah sahaja yang layak dijadikan Tuhan tiada sekutu bagiNya dan mengesa dalam ibadat.Maka tangga kedua selepas tahuid ialah berbuat baik kepada ibubapa.



No comments:

Post a Comment