2 July 2014

PENDEDAHAN - Malaysia mahu semua pendakwaan suspek diplomat di NZ digugurkan






The Malaysian Insider


Kerajaan Malaysia pada bulan lepas meminta pihak berkuasa New Zealand untuk mengugurkan semua pendakwaan ke atas diplomat Malaysia yang terlibat dalam serangan seks.
Dalam surat kepada Kementerian Luar New Zealand pada 21 Mei, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Wellington meminta semua pertuduhan ke atas Muhammad Rizalman Ismail digugurkan.
"Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memberitahu bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melepaskan imuniti peribadi kepada Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau dihantar balik ke Malaysia secepat mungkin.
"Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga meminta kerjasama Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand untuk menimbangkan membekalkan semua dokumen melibatkan isu tersebut dan  mengugurkan semua pertuduhan ke atas Muhammad Rizalman Ismail."
Sebagai balasan, kerajaan Malaysia akan memastikan Rizalman tidak kembali ke New Zealand  pada masa depan, kata Suruhanjaya Tinggi.
Isu tersebut menimbulkan kontroversi di NZ, terutamanya kegagalan untuk mendakwa tertuduh penyerang seks tersebut.
Pentadbiran Perdana Menteri NZ John Key juga dikritik hebat, terutamanya kerana lambat bertindak selepas hampir sebulan kes tersebut berjalan.
"Adalah keutamaan bagi kami untuk orang ini bertanggungjawab di New Zealand, namun ini  ditolak pihak negara lain," Keys dipetik dari media, menambah – beliau diberi jaminan diplomat tersebut akan bertanggungjawab dalam negaranya sendiri.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengesahkan seorang diplomat Malaysia  sebagai suspek kepada kes pencabulan seks di NZ.
Diplomat tersebut didakwa mengikuti wanita 21 tahun ke rumahnya kemudian mencabulnya. Beliau juga didakwa melakukan rompakan dalam insiden sama.
Bagaimanapun, beliau 'lari' dari NZ dan pulang ke negaranya apabila menggunakan imuniti diplomatik selepas penahanannya pada 9 Mei. – 1 Julai, 2014.

No comments:

Post a Comment