25 August 2014

DALAM NEGARA - Cebisan konkrit jatuh, trafik sesak di Cheras





The Malaysian Insider

Sebelas daripada 16 tetulang konkrit yang terjatuh daripada sebuah treler muatan panjang di atas jejambat Bulatan Bilion, Cheras menyebabkan kesesakan lalu lintas pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Difahamkan kejadian itu berpunca daripada tindakan pemandu treler berkenaan yang berhenti secara mengejut bagi mengelak kenderaan di hadapannya hingga mengakibatkan tali yang mengikat tetulang itu terputus.

Menurut jurucakap pusat info trafik (Itis) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas dari Lebuhraya Grand Saga menuju ke Bulatan Bilion.

"Bagaimanapun tetulang konkrit itu telah dialihkan pada pukul 1.40 petang tadi dan trafik kembali lancar seperti sediakala.

"Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama. – Bernama, 24 Ogos, 2014.


No comments:

Post a Comment