21 March 2013

KEPIMPINAN - Dasar Kepimpinan

Oleh Faudzil Harun - Trans Management Consultants (TMC)





Apa itu Kepimpinan?

Kepimpinan adalah suatu yang kompleks. Terdapat pelbagai tafsiran dan pandangan yang menghuraikan perkataan “Kepimpinan.”

Kepimpinan akan ditonjolkan apabila perkara berikut berlaku :






1.  Mempengaruhi Orang
     Apabila Individu atau sekumpulan orang mempamerkan perasaan suka, 

     percaya dan hormat kepada seorang individu.

2.  Mengubah Tingkah Laku Orang
     Apabila individu atau sekumpulan orang yang menujukkan perubahan 

     tingkah laku atau tindakan hasil tindakan seseorang.

3.  Suatu Proses Menjadikan Orang Komited untuk Melaksanakan Sesuatu
     Apabila invidu atau sekumpulan orang melaksanakan tugas secara 

     sukarela pada standard dan kualiti diluar kebiasaan dan memperlihatkan 
     tingkah laku yang menuju pencapaian suatu matlamat.



Tiga situasi diatas menunjukkan kepimpinan merupakan “Hubungan 
Kemanusiaan” yang memiliki visi, keupayaan mempengaruhi orang dan
kemahiran berkomunikasi.


4 Faktor Kepimpinan

Terdapat 4 faktor utama dalam kepimpinan seperti berikut :

Pengikut
Dasar kepada langkah permulaan adalah kefahaman kepada sifat dan tabiat
semula jadi manusia seperti keperluan, emosi dan dorongan.

Pemipmin
Seorang pemimpin perlu memiliki kefahaman jujur tentang diri sendiri dan apa
yang boleh dilakukan.

Komunikasi
Memimpin menerusi komunikasi dua hala.

Situasi
Segala perkara adalah berbeza. Apa yang dilakukan dalam suatu situasi tidak
semestinya berhasil dalam situasi yang lain.



Perbezaan Pengurusan dan Kepimpinan

Kepimpinan dan pengurusan bukan perkara yang sama tetapi berhubung kait
diantara satu sama lain dan perlu berjalan serentak. Secara umumnya
merancang, menganjur dan koordinasi merupakan tugas utama seorang
pengurus manakala tugas utama seorang pemimpin adalah mempengaruhi,
menanam inspirasi dan mendorong orang. Membuat perbandingan peranan
seorang pengurus dan pemimpin boleh membantu memahami dengan lebih
jelas. 

Sebahagian dari perbezaan yang ketara adalah :


PENGURUS

PEMIMPIN
Memiliki orang bawahan
Memiliki pengikut
Mentadbir mengikut sistem
Mewujudkan perubahan
Mengawal
Membangunkan
Fokus kepada sistem dan struktur
Fokus kepada orang
Bergantung kepada kawalan
Bergantung kepada kepercayaan
Selalu melihat keputusan
Selalu melihat kesan secara meluas
Selalu ikut atau meneruskan idea lama
Selalu mewujudkan idea baru
Melakukan perkara dengan betul
Melakukan perkara yang betul
Mahukan keputusan
Mahukan pencapaian
Merancang detail
Menentukan hala tuju
Mengelak konflik
Menggunakan konflik
Mengurangkan risiko
Mengambil risiko
Membuat keputusan
Membantu orang membuat keputusan
Mengambil kredit
Memberi kredit
Menyalahkan orang
Bertanggungjawab terhadap kesalahan
Bergerak mengikut laluan senang
Menerokai laluan baru
Suka kepada tindakan
Suka kepada usaha untuk bertindak
Menetapkan peraturan
Mengubah dan melanggari peraturan
Menonjolkan kuasa
Menonjolkan sentuhan peribadi
Suka berkata saya
Suka berkata kami
Mengarahkan apa yang patut dilakukan
Mengajar bagaimana untuk melakukan
Memberi arahan
Memberi dorongan untuk bertindak
Membuat tuduhan terhadap kerosakan
Membetulkan kerosakan


Peranan pegurus dan pemimpin boleh di asingkan pada suatu situasi. Ada kalanya seorang pengurus hanya perlu menurut perintah dan melaksanakan tugas merancang, memberi arahan dan menetapkan kaedah perlaksanaan tugas untuk mendapatkan hasil yang dimahukan. Fokus pengurus pada waktu ini adalah efisyen.

Tetapi dalam dunia moden ini, pengetahuan, kemahiran dan kekuatan pasukan menjadi nilai yang diutamakan. Kemahiran kepimpinan manjadi satu keperluan untuk menghasilkan pengikut yang berilmu, memiliki kemahiran untuk membentuk satu pasukan yang produktif yang dapat bertahan untuk jangka panjang.