25 March 2013

MOTIVASI DIRI - 7 Panduan Membina Keyakinan Diri






7 PANDUAN MEMBINA KEYAKINAN DIRI

Oleh Faudzil Harun





1.   Mulakan Hari Anda Secara Positif

       ●  Mulakan hari anda dengan senyuman  kepada diri sendiri. 
      ●  Mendoakan diri sendiri dan orang lain dapat memberikan anda 
          semangat sepanjang hari.


2.   Tonjolkan Personaliti yang Positif
      
      ●  Utamakan kekemasan diri dan tampilkan diri anda sebagai seorang 
          yang ceria dan bergaya.
      ●  Selalu berikan senyuman kepada orang dan menyapa orang dengan 
            ikhlas.
      ●  Hormati pendapat orang lain.
      ●  Jadikan diri anda seorang yang suka menolong orang dan selalu 
          menghargai pertolongan orang.


3.   Bina dan Kekalkan Disiplin Diri Yang Tinggi 

      ●  Laksanakan tugas dengan jujur, menepati  waktu dan mematuhi 
          peraturan.
      ●  Jangan tangguhkan kerja.
      ●  Bersenam secara tetap dapat membina disiplin diri yang tinggi.
      ●  Rancang pemakanan yang seimbang dan dapatkan rehat yang 
          secukupnya.


4.   Bina Kekuatan Diri

      ●  Tingkatkan ilmu dan kemahiran.
      ●  Hapuskan budaya memberi alasan dan takut buat salah.
      ●  Cipta dan gunakan peluang dan beranikan diri mengambil risiko.
      ●  Tingkatkan tahap kesungguhan, komitmen dan inisiatif diri.


5.   Merancang Kerja 

      ●  Uruskan masa anda, tentukan tempoh masa kerja harian, mingguan 
          dan bulanan.
      ●  Rancang keutamaan tugas.
      ●  Asingkan tugas penting dan tugas segera. Lakukan yang penting dulu.


6.   Uruskan Stres 

      ●  Kenal pasti tanda-tanda stres (tidur yang terganggu, sakit pada 
          kepala, leher, pinggang dan rahang, sakit perut, tekanan darah tinggi, 
          perubahan tingkah laku, perubahan rutin, cepat lupa, cepat hilang 
          tumpuan, tidak gembira, mudah merasa risau, sukar membuat 
          keputusan, suka berdiam diri, makan yang berlebihan, memandu laju, 
          merasa gelisah atau melakukan perkara yang tidak disukai.
      ●  Jangan lakukan banyak perkara dlm satu masa yg sama.
      ●  Libatkan diri dengan aktiviti sukan dan rekreasi.


7.   Hargai Penyelesaian Tugas

      ●  Pastikan anda memberikan penghargaan kepada penyelesaian diri 
          anda sendiri.
      ●  Berkongsi pencapaian penyelesaian bersama orang lain boleh 
          memberi dorongan berterusan.




“Initiatif bermula dari melakukan tanpa disuruh”
- Faudzil Harun -


Selamat Berusaha dan Selamat Maju Jaya