6 April 2013

KEPIMPINAN - 4 Langkah Memberi Bimbingan Kepada Pekerja






4 LANGKAH MEMBERI BIMBINGAN KEPADA PEKERJA

Oleh Faudzil Harun


Bimbingan mengambil sedikit masa tetapi ia akan menjimatkan masa yang banyak dalam jangka panjang.


Secara amnya terdapat 2 jenis bimbingan :

1.   Bimbingan Tidak Formal

      Merupakan aktiviti memberi bimbingan sambil lalu semasa bertugas dan 
      boleh dilakukan setiap hari (taklimat, mewakilkan tugas, penerangan 
      semasa bermesyuarat, memberi arahan cara kerja, memberi penerangan 
      berkaitan sistem dan cara sesuatu peralatan berfungsi dan menunjukkan 
      cara melaksanakan suatu tugas.


2.   Bimbingan Formal

      Melibatkan aktiviti yang disenaraikan sebagai sebahagian tugas utama 
      penyelia. Ia mempunyai agenda, pelan dan matlamat yang terancang. Ia 
      melibatkan penerangan, kaedah, jadual, pengawasan dan penilaian hasil 
      bimbingan.

      
      Keberkesanan proses bimbingan bergantung kepada perancangan. 

      
      Berikut adalah panduan kepada langkah kepada suatu proses bimbingan :


Langkah 1 - Buat Penilaian Tahap Prestasi Semasa 

●  Buat penialian prestasi dan bukan tingkah laku.
●  Huraikan hasil penilaian secara jelas dan spesifik.
●  Pastikan terdapat fakta dan bukti hasil penilaian.


Langkah 2 - Berikan Maklum Balas 

●  Berikan maklum balas positif hasil penilaian.
●  Tingkatkan semangat pekerja dengan memberi dorongan yang membina.
●  Berikan maklum balas negatif secara positif.
●  Terangkan prestasi yang perlu di tingkatkan secara jelas dan spesifik.


Langkah 3 - Bangunkan Pelan Tindakan

●  Berbincang secara terbuka.
●  Gunakan input dari pekerja.
●  Gabungkan pendapat pekerja dan pendapat anda.
●  Bina pelan tindakan yang meliputi tempoh bimbingan, kaedah, 
   jadual pengawasan dan tempuh untuk penilaian semula.


Langkah 4 - Bertindak

●  Laksanakan pelan tindakan tanpa berlengah.
●  Buat pembetulan (jika perlu) semasa pelan tindakan berlangsung.
●  Lakukan pengawasan prestasi dari masa ke semasa.
●  Berikan latihan dan peralatan yang diperlukan.
●  Berikan dorongan yang berterusan.



Selamat Berusaha dan Selamat Maju Jaya