7 April 2013

MOTIVASI DIRI - 4 Faktor Utama Membina Inisiatif






4 FAKTOR UTAMA MEMBINA INISIATIF

Oleh Faudzil Harun


Initiatif merupakan suatu tindakan yang dilakukan tanpa disuruh, diarah atau diharapkan. Ia adalah satu tindakan secara suka rela atas dasar kesedaran.

Inisiatif juga boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan tambahan yang dilakukan diatas kehendak diri sendiri.



Inisiatif adalah kunci kepada 
menjadikan suatu perkara itu berlaku.


Secara amnya terdapat 4 faktor utama untuk membina inisiatif :


1.   Tahu Apa Yang Di Mahukan

      ●  Titik permulaan semua pencapaian adalah keinginan. 

      ●  Keinginan yang disusuli dengan inisiatif akan menghasilkan tindakan  
         positif kearah mencapai apa yang anda inginkan itu.
      
      ●  Anda perlu tahu apa yang anda mahukan secara jelas dan spesifik.
         
        Hanya dengan mengetahui apa yang anda mahukan akan membuat 
         anda membina inisiatif untuk mencapai apa yang anda inginkan dan 
         seterusnya menghargai peluang yang ada.


2.   Mendorong Diri Sendiri Untuk Bertindak

      ●  Pepatah menyebut "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". 
          Ia mengajar kita bahawa selain memiliki keinginan, impian, cita-cita 
          atau harapan, kita perlu mendorong diri sendiri untuk membina inisiatif 
          untuk mencapai apa yang kita inginkan.

      ●  Inisiatif akan menghasilkan perasaan tanggungjawab terhadap diri 
          sendiri untuk bertindak.

      ●  Tiada apa yang ajaib akan berlaku kecuali kita bertindak.


3.   Mengambil Risiko

      ●  Risiko selalunya menjadi halangan kepada inisiatif.
      
      ●  Dalam usaha mencapai keinginan, kita akan berhadapan dengan 
          pelbagai halangan dan keberanian mengambil risiko merupakan suatu 
          yang tidak dapat dihindari.

      ●  Hidup ini adalah risiko, perkahwinan adalah risiko, perniagaan adalah 
          risiko, memandu kenderaan adalah suatu risiko, melahirkan anak 
          adalah risiko. Tidak mengambil risiko juga adalah suatu risiko.

        Bekas presiden John F. Kennedy pernah berkata "terdapat risiko dan 
          kos dalam setiap tindakan, tetapi ia adalah jauh lebih sedikit 
          berbanding risiko jangka panjang dan kos tanpa tindakan."


4.   Melakukan Lebih Banyak Kesilapan

      ●  Berita baik tentang peneraju atau peneroka awal adalah mereka 
          membuatkan suatu perkara baru itu berlaku. 

      ●  Berita buruknya pula adalah mereka telah melakukan banyak kesilapan 
          dalam proses menjadikan suatu itu berlaku.

      ●  Generasi selepas mereka akan mengecapi hasil kejayaan mereka yang 
          telah melakukan banyak kesilapan, mempelajari dari kesilapan dan 
          mengajar generasi baru mengelakkan diri dari melakukan kesilapan 
          sama yang telah mereka lakukan dahulu.

      ●  Pengasas IBM Thomas J. Watson berkata "perjalanan kearah mencapai 
          kejayaan adalah untuk menggandakan kadar kegagalan." Ini 
          menjelaskan bahawa kegagalan demi kegagalan akan ditempuhi 
          sebelum mencapai kejayaan.

      ●  Hanya orang yang sanggup menerima kegagalan yang hebat akan 
          akhirnya berjaya dengan hebat. Namun melakukan kesilapan itu 
          bukanlah suatu keistimewaan.


Selamat Berusaha dan Selamat Maju Jaya