7 April 2013

MOTIVASI DIRI - Tips Membina Komitmen Diri






TIPS MEMBINA KOMITMEN DIRI

Oleh Faudzil Harun


Komitmen boleh dipamerkan menerusi pelbagai cara termasuk kaedah bekerja, tempuh kerja yang dilakukan, usaha menjaga kualiti kerja, usaha meningkatkan kualiti kerja, usaha meningkatkan keupayaan, aktiviti memberi pertolongan dan pelbagai perkara yang melibatkan usaha melakukan sesuatu dengan betul dan berkesan.

Seorang atlit tinju yang berusaha bangun walaupun setelah tumbang beberapa kali menunjukkan komitmen terhadap dirinya sendiri.

Seorang pelari maraton yang berusaha menamatkan larian memerlukan komitmen diri yang tinggi. Tanpa komitmen tidak mungkin beliau boleh menamatkan lariannya.

Seorang pemimpin yang berusaha menghadiri semua pertemuan bersama pengikutnya adalah contoh komitmen yang baik. Malah hadir awal atau tepat pada waktu yang dijanjikan pula merupakan komitmen yang cemerlang.

"Hatilah yang membezakan seorang yang biasa dan seorang yang cemerlang."



KOMITMEN SEMULA JADI


1.   Komitmen Bermula Dalam Hati

      Terdapat segelintir manusia yang mahukan segalanya dalam keadaan 
      terbaik sebelum memberikan komitmen. Orang seperti ini sebenarnya 
      mahu mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dengan kejayaan 
      yang telah dicapai sebelum penglibatannya. Pada dasarnya, komitmen 
      mendahului pencapaian kerana penilaian dibuat berdasarkan usaha yang 
      dilakukan dan tempuh penglibatan.

      Orang yang mahu menonjolkan kualiti kepimpinannya harus terokai 
      kaedah baru untuk mempengaruhi pengikutnya. Beliau harus 
      mempamerkan visi yang jelas dan bekerja bersama pasukan untuk 
      mencapai matlamat pasukan.


2.   Menguji Komitmen Melalui Tindakan

      Adalah sangat mudah untuk katakan "saya komited" namun pengukur 
      sebenar adalah menguji komitmen melalui tindakan. Penilaian apa yang 
      telah dilakukan adalah kayu pengukur sebenar dan bukan janji dan 
      kenyataan apa yang akan dilakukan.


3.   Komitmen Membuka Pintu Pencapaian

      Setiap orang akan berhadapan dengan pelbagai halangan dalam hidup.
      Komitmen yang tinggi akan mendorong diri untuk menghadapi setiap 
      halangan. Ia boleh digambarkan seperti membuka laluan baru dibelukar 
      agar laluan akan menjadi mudah dari masa kesemasa.

      Komitmen yang tinggi akan membuatkan segala kepenatan dan kesukaran 
      dapat diatasi dengan senyuman.



4 JENIS KOMITMEN


1.   Cop-Outs

      Orang seperti ini hanya pandai berkata "saya komited" atau "saya akan 
      memberikan komitmen" tetapi mereka tidak bertindak.


2.   Holdouts

      Orang seperti ini memiliki perasaan "tidak pasti" dengan keupayaan diri 
      atau "takut memberi komitmen". Orang seperti ini selalunya memilih 
      untuk "tunggu dan lihat" dan suka "menumpang komitmen orang lain." 


3.   Dropouts

      Orang seperti ini selalunya bersemangat memberikan komitmen pada 
      peringkat permulaan tetapi akan mengelakkan diri dari penglibatan dan 
      akhirnya akan menarik diri setelah keadaan menjadi semakin sukar. 


4.   All-Outs

      Orang seperti ini tahu apa yang dimahukan, memiliki inisiatif dan disiplin 
      diri yang tinggi, menghormati janji kepada diri sendiri, berani mengambil 
      risiko dan akan memberikan komitmen, meredah ranjau dan duri 
      sepanjang laluan sukar yang dihadapi dan akhirnya akan mencapai 
      kejayaan yang cemerlang.



TIP UNTUK MEMBINA KOMITMEN


1.   Umumkan Komitmen

       ●  Tentukan komitmen yang mahu di pamerkan (berperingkat).
      ●  Umumkan komitmen kepada diri sendiri setiap hari.
      ●  Pilih orang yang boleh mendorong anda meningkatkan komitmen dan 
         umumkan kepadanya (berperingkat). 


2.   Ukur Komitmen

      ●  Senaraikan apa komitmen yang harus dipamerkan.
      ●  Tentukan jadual semakan.
      ●  Buat semakan tindakan secara jujur (oleh diri sendiri dan rakan).


Selamat Berusaha dan Selamat Maju Jaya