31 May 2013

P SUMBER MANUSIA - Pengambilan Tenaga Kerja

Oleh Faudzil Harun 















Senarai Semak Pengambilan Pekerja

1.   Berfikir secara kreatif bagaimana kerja yang ditinggalkan boleh 
      dilaksanakan tanpa menambah pekerja (menambah-baik proses, 
      menghapuskan kerja yang tidak perlu dilakukan, membahagikan tugas 
      dengan kaedah lain dsb).


Jika pengisian orang masih perlu :

2.   Adakan perbincangan melibatkan semua orang yang boleh menyumbang 
      idea.
3.   Tentukan tugas-tugas utama dan tugas-tugas lain bagi jawatan itu. 
      Tentukan juga kelayakan, kemahiran dan tingkahlaku yang diperlukan yang 
      akan digunakan sebagai info penting yang akan di iklankan.
4.   Tuliskan diskripsi tugas bagi jawatan yang akan di iklankan.
5.   Tentukan gaji yang akan ditawarkan.
6.   Iklankan di dalam organisasi untuk suatu tempoh yang ditentukan dan 
      galakkan permohonan dikalangan pekerja yang sedia ada
7.   Iklankan di media untuk suatu tempoh yang ditetapkan.
8.   Tentukan jadual temuduga yang tidak padat.


Selepas menerima permohonan :

9.   Semak maklumat penting yang diperlukan.
10. Buat pertanyaan menerusi telefon atau saluran lain (jika perlu).
11. Adakan perbincangan untuk memilih calon yang akan di panggil menghadiri 
      temuduga.
12. Tentukan soalan penting yang akan ditanyakan semasa temuduga.
13. Tentukan aliran sesi temuduga.
14. Minta calon menghantar info tambahan (jika ada).
15. Hubungi calon untuk menetapkan tarikh dan masa temuduga.
16. Hantarkan kad jemputan temuduga kepada calon yang terpilih.
    
Menghantar borang permohonan untuk di isikan sebelum hari temuduga 
        dapat menjimatkan banyak masa.


Pada hari temuduga :

17. Sambut kedatangan calon dengan impresi yang bersesuaian.
18. Berikan calon salinan diskripsi tugas dan info organisasi sementara 
     menunggu.
19. Mulakan sesi temuduga dengan ucapan terima kasih dan teruskan dengan 
     perbualan topik umum bagi membantu calon mengurangkan perasaan gugup 
     dan jalinkan hubungan kemanusiaan.
20. Jika terdapat calon yang berpotensi dan perbincangan lanjut diperlukan, 
     tangguhkan sesi temuduga untuk suatu tempoh yang singkat bagi 
     berbincang langkah seterusnya atau apa yang perlu di kaji atau ditanya 
     sebelum membuat keputusan.
21. Jika sesi yang lebih lama diperlukan, bahagikan sesi temuduga kepada 
     beberapa sesi.
22. Jika temuduga lanjutan diperlukan, maklumkan kepada calon apakah yang 
     diharapkan dalam sesi berikutnya.
23. Ucapkan terima kasih di akhir sesi temuduga.

Jenis Temuduga

Terdapat pelbagai jenis temuduga yang digunakan pada sesi yang sama atau berasingan. Juru temuduga perlu menjalani latihan untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan.

Jenis temuduga yang umum adalah :


Structured Interview
  Merupakan temuduga berstruktur yang mana juru temuduga mempunyai 
    senarai soalan yang akan ditanyakan.
  Juru temuduga boleh bertanya semua soalan atau bertanya soalan yang 
    mereka pilih.
  Membahagikan soalan kepada beberapa orang juru temuduga juga boleh 
    dilakukan.
  Adakalanya terdapat suatu borang yang menyenaraikan soalan-soalan yang 
    akan ditanya dan terdapat ruang permarkahan untuk di isikan oleh juru 
    temuduga.
  Jika suatu sistem atau kaedah diperkenalkan, juru temuduga perlu 
    diberikan latihan yang betul.

Contoh Soalan Mudah :

Soalan 1 – Apakah makan yang anda gemari ?

Jawapan yang baik            :  Makanan yang tidak pedas.
Jawapan yang lebih baik    :  Sayur hijau dan ikan tidak bersisik.
Jawapan yang lemah         :  Semua makanan asalkan halal.

Soalan 2 – Apakah subjek yang anda pelajari di Sekolah Menengah?

Jawapan yang baik            :  Membacakan senarai subjek.
Jawapan yang lebih baik    :  Saya pelajari (senarai subjek) dan saya juga 
                                         mempelajari (nama subjek) sebagai subjek 
                                         tambahan.
Jawapan yang lemah         :  Semua subjek 


Unstructured Interview.
  Merupakan temuduga yang mirip kepada perbualan harian.
  Teknik ini tidak perlu dipelajari secara serius.
  Teknik ini pada kebiasaannya membuat penilaian berdasarkan keperibadian 
    dan perkara lain dan tidak tertumpu hanya kepada kelayakkan dan 
    kemahiran calon itu.
  Adakalanya perbualan berkaitan perkara umum dapat menerokai potensi 
    calon.


Behavioral Interview
● 
Merupakan teknik yang 
sangat umum.
  Juru temuduga bertanya soalan-soalan terancang bagi menilai bagaimana 
    calon berfikir.
  Juru temuduga perlukan latihan yang betul untuk memahami respon calon.
  Teknik ini selalunya melibatkan kegemaran juru temuduga terhadap respon 
    calon yang berdasarkan 4 standard – rasa, personaliti, kemahiran dan 
    hubungan kemanusiaan.
  Juru temuduga akan bertanya soalan berdasarkan suatu situasi dan 
    membuat penilaian semasa calon memberi respon.


Tugas Juru Temuduga

  Mengkaji maklumat calon sebelum temuduga.
  Cuba dapatkan info tambahan berkaitan calon.
  Tahu apakah matlamat temuduga.
  Memilih lokasi yang selesa dan bebas dari gangguan.
  Mewujudkan suasana yang selesa.
  Menghindari semua halangan komunikasi.
  Menepati waktu.
  Tampil ceria, ramah dan bersahaja.
  Menjalinkan hubungan kemanusiaan.
  Menggunakan tonasi suara dan ekspresi wajah yang membantu calon.
  Membantu calon respon kepada soalan.
  Merekodkan jawapan atau kenyataan penting oleh calon.
  Mempengaruhi calon yang berpotensi.


No comments:

Post a Comment