28 May 2013

P SUMBER MANUSIA - Kontrak Pekerjaan > Apa itu Kontrak Pekerjaan?

Oleh Faudzil Harun 















Kontrak pekerjaan / perkhidmatan di tafsirkan dalam 3 Akta utama berkaitan pekerjaan seperti berukut :



S 2 Akta Kerja 1955

Kontrak perkhidmatan ertinya mana-mana perjanjian, sama ada lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau tersirat, di mana seorang bersetuju untuk mengambil bekerja seorang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja dan termasuklah kontrak perantisan




S 3 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Kontrak perkhidmatan ertinya apa-apa perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada secara nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang bersetuju untuk menggaji seseorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja dan termasuklah suatu kontrak perantisan.



S 2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967  
    
Kontrak pekerjaan ertinya mana-mana perjanjian sama ada lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau tersirat, di mana seorang bersetuju untuk mengambil kerja seorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja.