28 May 2013

P SUMBER MANUSIA - Kontrak Pekerjaan > Peruntukan Di Bawah Akta Kerja 1955

Oleh Faudzil Harun 
















Pengecualian Kontrak-Kontrak Yang Masih Wujud (S 6 Akta Kerja 1955)
Semua kontrak yang dimasuki sebelum berkuatkuasanya Akta Kerja 1955 masih boleh diteruskan selagi ia tidak kontradik dengan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kerja 1955.


Terma dan Syarat Yang Tidak Menguntungkan Pekerja 
(S 7 Akta Kerja 1955)
Mana-mana terma atau syarat kontrak pekerjaan yang kurang menguntungkan dari peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kerja 1955 menjadi tidak sah dan digantikan dengan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kerja 1955.


Terma dan Syarat Yang Menguntungkan Pekerja (S 7A Akta Kerja 1955)
S 7 Akta Kerja 1955 tidak menghalang majikan dan pekerja menyetujui terma dan syarat yang lebih menguntungkan pekerja.


Penyingkiran Keraguan (S 7B Akta kerja 1955)
Jika tiada peruntukan di bawah Akta Kerja 1955 atau mana-mana perundangan subsidiari atau perintah, maka terma dan syarat yang lain itu adalah dihalang dari disyaratkan dalam kontrak perkhidmatan.


Hak Pekerja Menjadi Ahli Kesatuan Sekerja (S 8 Akta Kerja 1955)
Kontrak perkhidmatan tidak boleh menghalang mana-mana pekerja yang dilindungi oleh Akta Kerja 1955 dari menjadi ahli dan menyertai aktiviti kesatuan sekerja yang sah.


Kontrak Harus Bertulis dan Peruntukan Bagi Penamatan 
(S 10 Akta Kerja 1955)
Kontrak perkhidmatan melebihi satu bulan untuk suatu kerja tertentu hendaklah dalam tulisan dan satu fasal hendaklah dimasukkan cara bagaimana kontrak itu boleh ditamatkan.


Peruntukan Penamatan Kontrak (S 11 Akta Kerja 1955)
Kontrak penggal tetap untuk suatu tempoh atau kerja tertentu tamat setelah tempoh atau kerja tertentu yang ditentukan dalam kontrak itu tamat.

Suatu kontrak perkhidmatan untuk tempoh yang tidak ditetapkan hendaklah terus berkuatkuasa sehingga ditamatkan mengikut Bahagian 2 Akta Kerja 1955.


Notis Penamatan Kontrak (S 12 Akta Kerja 1955)
Tempoh notis bagi kedua-dua majikan dan pekerja yang diperuntukkan dalam kontrak hendaklah sama.

Jika tiada peruntukkan bertulis dalam kontrak, tempoh notis hendaklah tidak kurang dari :


Tempoh Bekerja

Tempoh Notis
Telah bekerja kurang dari 2 tahun

4 minggu
Telah bekerja lebih dari 2 tahun
tetapi kurang dari 5 tahun
6 minggu
Telah bekerja 5 tahun dan lebih

8 minggu


Penamatan Tanpa Notis – Menebus Tempoh Notis 
(S 13 (1) Akta Kerja 1955)
Mana-mana pihak bolehlah membayar pihak yang lain bayaran indemniti bersamaan upah pada kadar biasa bagi menggantikan tempoh notis penamatan kontrak.


Penamatan Tanpa Notis – Pelanggaran Kontrak (S 13 (2) Akta Kerja 1955)
Mana-mana pihak bolehlah menamatkan kontrak tanpa notis jika berlaku perlanggaran syarat kontrak (“willful breach”) oleh pihak yang lain


Penamatan Di Bawah S 14 (3) Akta Kerja 1955
Pekerja boleh menamatkan perkhidmatannya tanpa notis apabila dia atau orang tanggungannya menerima ugutan oleh bahaya kepada mereka oleh keganasan atau penyakit yang mana pekerja tersebut tidak berniat untuk melarikan diri dari memenuhi terma dan syarat perkhidmatannya.


Bila Kontrak Dianggap Telah Di Langgari (S 15 Akta Kerja 1955)

Majikan :
Apabila majikan gagal membayar upah mengikut Bahagian 3 Akta Kerja 1955.

Pekerja :
Apabila pekerja tidak hadir bekerja selama 2 hari bekerja konsekutif tanpa kebenaran terlebih dahulu dari majikannya, kecuali jika ada alasan berpatutan dan telah memberitahu atau cuba memberitahu majikannya darihal alasan tersebut. 


Bilangan Hari Kerja Minima Pekerja Estet dan Pertanian 
(S 16 Akta Kerja 1955)
Majikan hendaklah memberikan tidak kurang dari 24 hari bekerja bagi pekerja estet dan pertanian dan jika gagal menyediakan kerja untuk 24 hari hendaklah membayar upah bersamaan dengan 24 hari bekerja (6 hari x 4 minggu).


Kontrak Perantisan Dikecualikan (S 17A Akta Kerja 1955)
Seksyen 10 hingga 16 tidak terpakai bagi kontrak perantisan.


Keperluan Kontrak Didokumenkan
Peraturan Kerja 1957 di bawah Akta Kerja 1955 menghendaki majikan memberikan kepada setiap pekerja yang dilindungi Akta Kerja 1955 perkara berikut :

  Peraturan 8
    Terma dan syarat pekerjaan bertulis.

  Peraturan 9
    Penyata berkaitan upah, elaun dan bayaran lain pada setiap tempoh upah.