28 May 2013

P SUMBER MANUSIA - Kontrak Pekerjaan > Umur Persaraan Minimun

Oleh Faudzil Harun 















Umur Persaraan Minimum (S 4(1) Akta Umur Persaraan Minimum 2012)
Walau apa-apa pun undang-undang bertulis lain, umur persaraan minimum seseorang pekerja adalah apabila pekerja itu mencapai umur 60 tahun.


Persaraan Pramasa (S 5 (1) Akta Umur Persaraan Minimum 2012)
Seseorang majikan tidak boleh membersarakan secara pramasa seseorang pekerja sebelum pekerja itu mencapai umur persaraan minimum.


Persaraan Pilihan (S 6 Akta Umur Persaraan Minimum 2012)
Walau apa pun umur persaraan minimum, seseorang pekerja boleh bersara apabila mencapai umur persaraan pilihan yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif.


Ketidaksahan Terma Kontrak Perkhidmatan dan Perjanjian Kolektif
(S 7(1) Akta Umur Persaraan Minimum 2012).
Apa-apa umur persaraan dalam sebuah kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif yang dibuat sebelum, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini yang lebih rendah daripada umur persaraan minimum yang diperuntukkan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai terbatal.