27 May 2013

P SUMBER MANUSIA - Pekerja yang Dilindungi Akta Kerja 1955

Oleh Faudzil Harun - Trans Management Consultants (TMC)















PEKERJA YANG DILINDUNGI AKTA KERJA 1955


Akta Kerja 1955 melindungi pekerja seperti berikut :

1.   Pekerja yang menerima upah tidak melebihi RM2,000 sebulan;

2.   Pekerja tidak kira jumlah upahnya sebulan yang telah memasuki perjanjian dengan
      majikan dimana :

      (1)  Dia telah diambil bekerja sebagai pekerja manual (buruh kasar) termasuk 
            sebagai seorang tukang atau perantis; dengan syarat, jika seseorang diambil 
            bekerja sebahagiannya dalam pekerjaan kasar dan sebahagiannya lagi dalam tugas 
            lain, maka tidak boleh dianggap sebagai pekerjaan kasar melainkan pekerjaan kasar 
            itu melebihi satu setengah dari jumlah masa yang dikehendaki bekerja dalam 
            tempoh upah tersebut.

      (2)  Dia terlibat dengan operasi atau pengendalian kenderaan berjentera yang
            dijalankan untuk pengangkutan penumpang atau barangan atau untuk upah
            atau untuk tujuan perdagangan.

      (3)  Dia menyelia atau menjaga pekerja-pekerja manual yang lain yang terlibat
            dengan pekerjaan kasar yang diambil bekerja oleh majikan yang sama dalam dan 
            sepanjang tempuh perlaksanaan pekerjaan mereka.

      (4)  Dia diambil bekerja atas kapal yang didaftarkan di Malaysia dimana :
            (a)  bukan seorang pegawai yang disahkan di bawah Akta Perkapalan Saudagar
                  United Kingdom;
            (b)  bukan pemegang sijil tempatan yang diiktiraf dalam Bahagian VII Ordinan
                  Perkapalan Saudagar 1952; atau
            (c)  tidak memasuki suatu perjanjian di bawah Bahagian III Ordinan Perkapalan
                  Saudagar 1952; atau
                 
  Bahagian XII tidak terpakai.

      (5)  Dia diambil bekerja sebagai orang gaji domestik.
           
  Seksyen 12, 14, 16, 22, 61, 64 dan Bahagian IX, XII dan XIIA tidak terpakai.

3.   Untuk tujuan Jadual ini “upah” bermaksud upah yang ditafsirkan di bawah seksyen 2
      tetapi tidak termasuk bayaran komisyen, elaun subsisten dan bayaran kerja lebih
      masa.

      >> Rujuk Jadual Pertama di bawah Akta Kerja 1955


4.   Pekerja yang menerima upah lebih dari RM2000 sebulan tetapi tidak melebihi
      RM5000 sebulan dan membuat aduan berkaitan upah dan bayaran tunai di bawah
      kontrak perkhidmatan dengan majikannya di bawah Seksyen 69.



PEKERJA YANG DILINDUNGI ORDINAN BURUH

Ordinan Buruh Sabah (Akta A1238)
Pekerja yang menerima upah tidak lelebihi RM2500 sebulan dan pekerja yang ditafsirkan dalam Jadual - Seksyen 2 subseksyen
(2).

Ordinan Buruh Sarawak (Akta A1237)
Pekerja yang menerima upah tidak lelebihi RM2500 sebulan dan pekerja yang ditafsirkan dalam Jadual - Seksyen 2 subseksyen
(2).