27 May 2013

P SUMBER MANUSIA - Perlindungan Pekerja Wanita

Oleh Faudzil Harun 
















Larangan Wanita Bekerja Malam (S 34 Akta Kerja 1955)
  Majikan perlu mendapatkan kebenaran bertulis Ketua Pengarah Buruh untuk mengambil  
    wanita bekerja dalam sektor perusahaan dan pertanian diantara jam 10:00malam dan
    05:00pagi. 

●  Pada kebiasaannya kebenaran akan diberikan beserta syarat-syarat berikut :

     (a)  Majikan menyediakan pengangkutan pergi dan balik;
     (b)  Majikan membayar elaun syif;
     (c)  Majikan mengamalkan sistem putaran syif dimana pekerja wanita mendapat 
           peluang bekerja dalam semua syif.

  Majikan tidak boleh meminta pekerja wanita memulakan kerja untuk suatu hari (syif 
    malam) tanpa mendapat tempuh rehat 11 jam berturut-turut.

  Konduktor wanita bagi kenderaan perkhidmatan awam dibenarkan bekerja diantara jam
    10:00 malam dan 01:00 pagi tetapi dilarang bekerja diantara jam 01:00 pagi dan 05:00
    pagi.


Larangan Kerja Bawah Tanah (S 35 Akta Kerja 1955)
  Pekerja wanita dilarang bekerja bawah tanah.