28 May 2013

P SUMBER MANUSIA - Pekerja Percubaan

Oleh Faudzil Harun 















Hak Umum Pekerja Percubaan
Segelintir majikan memiliki andaian bahawa pekerja percubaan bukan pekerja tetap dan tidak berhak keatas semua atau sebahagian peruntukkan-peruntukkan di bawah Akta Kerja 1955. Ini adalah tidak betul. Pekerja pecubaan memiliki hak yang sama dengan pekerja tetap atau pekerja yang telah disahkan dalam perkhidmatannya. 

Intepretasi pekerja dalam Akta Kerja 1955 tidak mengklasifikasikan pekerja percubaan sebagai pekerja yang tidak berhak keatas peruntukkan-peruntukkan di bawah Akta 1955, maka majikan tidak boleh menyekat hak mereka sebagai pekerja yang dilindungi Akta Kerja 1955 dan Undang-undang lain yang berkaitan.



Tempoh Percubaan 
Seorang pekerja dalam tempoh percubaan merupakan seorang pekerja yang sedang dilatih atau prestasinya sedang diuji. Pekerja percubaan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran baru dan mempelajari kaedah kerja yang baru. Majikan harus membenarkan pekerja percubaan menjalani tempoh percubaannya sehingga akhir untuk membuktikan kebolehannya.

Perkhidmatan pekerja percubaan tidak boleh di tamatkan atas alasan prestasi lemah sebelum tempoh percubaan dipenuhi. 

Di akhir tempoh percubaan majikan bolehlah membuat keputusan sama ada untuk mengesahkannya dalam perkhidmatan atau melanjutkan tempoh percubaan atau menamatkan perkhidmatannya dengan alasan yang munasabah. 


Jenis Percubaan :

1.   Pekerja Baru
      Tempoh percubaan bertujuan menguji dan menilai kesesuaian pekerja 
      dalam pekerjaan dan situasi perniagaan. Ia juga bertujuan untuk 
      mencungkil bakat dan potensi pekerja baru. 

      Majikan harus memberikan latihan, tunjuk ajar, dorongan dan sokongan 
      untuk menyesuaikan diri dengan pekerjaan baru.

2.   Kenaikkan Pangkat
      Tempoh percubaan bertujuan menguji kesesuaian pekerja memenuhi 
      tanggungjawab tambahan dalam menjawat jawatan baru. Terma dan 
      syarat dalam surat lantikan harus menjelaskan majikan berhak untuk 
      membatalkan kenaikkan pangkat sekiranya pekerja yang terpilih itu tidak 
      dapat menyesuaikan diri dalam melaksanakan tanggungjawab tambahan.

      Majikan harus memberikan latihan, tunjuk ajar, dorongan dan sokongan 
      yang sewajarnya sebelum memberikan tanggungjawab tambahan atau 
      menaikkan pangkat seseorang pekerja.


Tempoh Percubaan Berterusan
Apabila seorang pekerja percubaan tidak disahkan atau kontraknya ditamatkan selepas tempoh percubaan tamat, maka pekerja itu akan terus bekerja sebagai pekerja percubaan sehingga majikan membuat keputusan terhadap status pekerjaannya.

"No such thing as mandatory or automatic confirmation"



Pemecatan Pekerja Percubaan
Pekerja percubaan boleh dipecat atas alasan salahlaku setelah siasatan dilakukan dan prosedur yang sama seperti pekerja tetap perlu di lakukan. Peruntukkan S14 (1) dan (2) Akta Kerja 1955 hendaklah dipatuhi.

Definisi atau tafsiran “workman” di bawah Seksyen 2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 tidak membezakan diantara pekerja tetap dan pekerja percubaan. Pekerja percubaan memiliki hak yang sama dengan pekerja tetap boleh memfailkan tuntutan untuk “reinstatement” di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Pekerja percubaan tidak harus dipecat tanpa keadilan dan alasan yang munasabah.