27 May 2013

P SUMBER MANUSIA - Penggajian Pekerja Asing

Oleh Faudzil Harun 















Pekerja asing juga mendapat perlindungan yang sama dengan pekerja tempatan.

Perlindungan Pekerja Asing
(Bahagian XIIB Akta Kerja 1955 )



S 60L Akta Kerja 1955 
  Pekerja asing boleh membuat aduan berkaitan diskriminasi.



S 60M Akta Kerja 1955 
  Majikan dilarang memberhentikan pekerja tempatan untuk tujuan 

    penggajian pekerja asing.


S 60N Akta Kerja 1955 
  Majikan yang ingin mengurangkan tenaga kerja mestilah terlebih dahulu
    memberhentikan pekerja asing (redundancy).



S 60O Akta Kerja 1955 

  Penduduk tetap dan orang gaji domestik dikecualikan dari Bahagian ini.


Aduan
(S 69 Akta Kerja 1955)
  Pekerja asing boleh membuat aduan berkaitan upah dan faedah di bawah 

    kontrak perkhidmatan dengan majikannya.


Perlindungan Insuran
(S 26 Akta Pampasan Pekerja 1952)
  Majikan diwajibkan membeli perlindungan insuran bagi pekerja asing.


Pemecatan
(S 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967)
  Pekerja asing boleh membuat aduan pemecatan tidak adil walaupun mereka 

    bukan ahli kesatuan sekerja.