12 June 2013

P SUMBER MANUSIA - Keperluan Tanya-Siasat Dalaman (Domestic Inquiry)

Oleh Faudzil Harun 















Peruntukkan Di Bawah Akta Kerja 1955

Akta Kerja 1955 memberi perlindungan kepada pekerja yang di lindungi Akta itu, menyediakan mekanisma untuk siasatan dan hukuman bagi kesalahan di tempat kerja. S14 (1) Akta Kerja 1955 memerintahkan majikan menjalankan siasatan ke atas salahlaku di tempat kerja.

In Hotel Perdana Sdn Bhd v Noor Asiah Mohd Yusof, I/C Award 412/98, the court held that :  “The purpose of a domestic inquiry is unlike that of a court hearing. It is not merely sitting and examining witnesses in an inquiry room, like a court of law which has no “investigation functions”’ Its purpose rather is also to investigate, ascertain and probe all facts placed before it”.

                 



Prinsip “Natural Justice”

Prinsip “natural justice” adalah peraturan yang digariskan oleh mahkamah sebagai perlindungan minima ke atas hak pekerja terhadap prosedur pihak berkuasa (“judicial or quasi-judicial”) menetapkan perintah terhadap hak tersebut.

Prinsip “natural justice” dalam konteks disiplin industry boleh disampaikan sebagai :


1.   Bahawa pekerja yang tingkah lakunya sedang dipersoalkan (siasat) mesti
      diberikan notis yang munasabah untuk berhadapan dengan kes yang
      di hadapinya.

2.   Bahawa pekerja itu mesti di berikan peluang yang munasabah untuk di dengari
      unuk mempertahankan dirinya berdasarkan “maxim’audi alteram partem’ –
      prinsip “natural justice” yang mana hakim harus mendengar kedua-dua pihak
      termasuk “inter alia” – peluang untuk berdepan dan menentang ornag yang
      membuat tuduhan, saksi dan segala bukti terhadap dirinya.
3.   Perbicaraan mesti di lakukan oleh orang yang tidak berkecuali (tidak terlibat
      dengan kes. Tiada orang boleh berfungsi sebagai ahli panel atas pilihannya
      sendiri atau di mana beliau mempunyai kecenderungan (“Nemo debet esse
      judex in propria causa sua” that is to say no man shall sit in judgment in his own
      cause or in which he is interested).



Peraturan “Natural Justice”

Di dalam “
English law”,  “natural justice” adalah terminologi teknikal bagi peraturan menentang “bias” (nemo iudex in causa sua) dan hak kepada perbicaraan yang adil. Ia menerangkan sebagai tanggungjuawab untuk bertindak secara adil. (duty to act fairly).

“Natural justice” telah mmerintahkan ‘tiada orang harus di persalahkan tanpa di dengari’ (“no one shall be condemned unheard”).


Peraturan “Natural Justice” juga menghendaki :

(a)  bukti pihak majikan harus di perlihatkan dan di terima dengan kehadiran pekerja yang 
       dituduh.

(b)  pekerja yang dituduh harus di berikan peluang untuk menyoal balas saksi yang di soal oleh 

       pihak majikan.

(c)  tiada bahan harus di ambil pakai terhadap pekerja yang dituduh tanpa memberi peluang 

      kepada pekerja yang dituduh untuk memberikan penjelasan,



No comments:

Post a Comment