12 June 2013

P SUMBER MANUSIA - Siasatan Kes

Oleh Faudzil Harun 
















Mengambil Kenyataan Sewaktu Siasatan

1.  Siasatan untuk menentukan sama ada pekerja harus di tuduh perlu di jalankan
     secara adil.

2.  Beban untuk mengadakan bukti adalah di atas majikan (the burden of
     proof is on the employer).

3.  Walaupun terdapat aduan atau kepercayaan pekerja melakukan kesalahan,
     majikan tidak harus membuat tuduhan tanpa bukti yang nyata untuk
     mensabitkan kesalahan pekerja.

4.  Majikan hendaklah melantik penyiasat untuk menjalankan siasatan kes.

5.  Pegawai penyiasat hendaklah menyoal dan mendapatkan keterangan dari
     semua orang yang terlibat dengan kes termasuk orang yang akan dituduh dan
     saksi.

6.  Keterangan harus di ambil dari setiap individu dan kenyataan bersama oleh
     beberapa individu tidak harus di lakukan.



 Siasatan Perlu Menyeluruh dan Adil

1.  Pegawai penyiasat hendaklah diberikan latihan yang betul berkaitan siasatan
     kes dan insiden.

2.  Pegawai penyiasat harus memiliki kemahiran menjalankan siasatan untuk
     mendapatkan fakta dan maklumat tanpa bersikap “bias”.

3.  Pegawai penyiasat perlu mendapatkan maklumat yang mencukupi.

4.  Pegawai penyiasat perlu memastikan fakta dan maklumat yang di perolehi
     bukan bahan yang di dengari atau di perbualkan.

5.  Pegawai penyiasat harus menentukan secara adil sama ada terdapat kes untuk
     di buat tuduhan atau sebaliknya.

6.  Pegawai penyiasat tidak boleh menggunakan ugutan sewaktu menjalankan
     siasatan.


Kesan Tiada Tindakan dan Kelewatan Siasatan

Siasatan terhadap aduan salahlaku perlu di jalankan dngan cepat kerana kelewatan akan manjadikan “condonation” berlaku.

Kelewatan siasatan juga akan mengugat moral pekerja lain yang akan beranggapan peraturan disiplin hanyalah suatu yang tertulis tetapi bukan di amalkan oleh majikan.



No comments:

Post a Comment