28 August 2013

HIDUP SIHAT - 15 Perkara Mengenai Bersenam Yang Anda Perlu Tahu






Sudahkah anda bersenam pada hari ini? Malas? Jangan begitu, senaman mempunyai banyak faedahnya kepada kesihatan dan kecantikan tubuh badan. Tidak perlulah melakukan senaman secara ekstrem. Memadai dengan meluangkan masa hanya 20 minit sehari. Cuba semak info kat bawah ni….mana la tau kan lepas n ati terbuka plak untuk senaman…hik2….
1) Senaman Kuatkan Tulang
Selain daripada melakukan latihan ‘weight bearing’, anda juga boleh melakukan aktiviti yang mampu mendorong otot dan tulang untuk menyokong berat badan daripada pelbagai sudut arah yang berbeza. Menurut Monica Klungland Torstveit, peneliti dari Norwegian University of Sport and Physical Education, Oslo, gerakan yang ‘tidak biasa’ sangat baik untuk menguatkan tulang. Jadi, daripada melakukan latihan yang sama setiap hari, cubalah pelbagaikan latihan anda. Contohnya, mendaki pada dataran yang tidak rata lebih baik berbanding berjalan di atas jalan yang rata.
2) Punyai Lengan Yang Kuat
Jika ingin memiliki lengan yang kuat dan berotot, lakukanlah ‘funtional exercise’. Caranya, satu tangan bertumpu pada kerusi sementara tangan yang lain menggenggam ‘dumbell’ lurus di sisi tubuh. Angkat dumbbell, tarik siku ke belakang sehingga lengan atas selari dengan lantai. Menurut Paul Chek, pengasas Corrective High-performance Exercise di Kinesiology Institute, California, latihan ini merupakan gerakan ideal yang bukan hanya melatih otot dan bahu tetapi juga punggung dan seluruh tubuh badan.
3) Bersenam Tingkatkan Prestasi Kerja
American College of Occupational and Environmental Medicine di Arlington Height, Illinois, Amerika Syarikat mendapati bahawa pegawai pelbagai jenis pekerjaan yang aktif secara fizikal mempunyai prestasi kerja yang lebih baik berbanding rakan-rakan mereka yang tidak bersenam. Ini bermakna, lebih sihat tubuh badan anda, lebih tinggi tahap prestasi kerja anda. Sebaliknya, mereka yang berbadan gemuk lebih sukar untuk bergaul dengan rakan sekerja dan ini secara tidak langsung akan menjejaskan prestasi kerja. Agar kesihatan tubuh badan berada di tahap yang memuaskan, anda perlu sentiasa bersenam.
4) Senaman dalam air kurangkan risiko cedera
Tak pandai berenang? Bukan halangan untuk tidak berada di dalam air. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di dalam air seperti melompat-lompat, berlari, atau berjalan-jalan. Efeknya sama seperti anda melakukan aerobik. Aktiviti ini juga sesuai untuk orang yang memiliki masalah berat badan, penyakit sendi, dan wanita hamil sekalipun. Keadaan air yang tanpa tekanan dapat mengurangkan risiko cedera yang kadang kala boleh berlaku di darat.
5) Pecahkan Masa Latihan Lebih Baik
Jika selama ini anda biasa berlatih satu sesi selama 30 minit, cubalah ikuti saranan yang dibuat oleh pakar dari Universiti Missouri, Amerika Syarikat, iaitu memecahkan latihan tersebut menjadi tiga sesi, masing-masing 10 minit. Penelitian membuktikan bahawa latihan dalam beberapa sesi pendek ternyata dapat mengurangkan kadar ‘trigliserid’ (salah satu unsur lemak di dalam darah) lebih banyak dibandingkan latihan dalam satu sesi yang panjang.
6) Bersenam Turunkan Risiko Kanser Usus
Rutin senaman memang merupakan salah satu pertahanan terbaik terhadap serangan penyakit. Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit, sekali hingga empat kali seminggu dapat menurunkan risiko terkena kanser usus besar sehingga hampir 50 peratus. Fakta ini diperolehi daripada hasil kajian yang dilakukan oleh ‘Monash Medical School’ di Australia.
7) Yoga Seimbangkan Hormon Dalam Badan
Yoga terbukti mempunyai banyak kelebihan kepada tubuh badan. Dengan yoga, sistem peredaran darah dapat diperbaiki dan hormon di dalam tubuh badan menjadi lebih seimbang. Gerakan-gerakan yoga membantu sistem fizikal dalaman berfungsi lebih baik dan seterusnya menjadikan tubuh badan seseorang lebih terbentuk dan langsing. Selain daripada mencantikkan tubuh badan, yoga juga membuatkan kulit kelihatan lebih berseri-seri. Semuanya kerana hormon yang seimbang dan darah yang mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi. Kulit yang mendapat bekalan oksigen mencukupi tidak akan menghadapi masalah kekeringan dan hilang keanjalannya. Malah, ia juga memperbaiki otot-otot wajah dan leher. Bagi yang menghadapi masalah perut buncit, yoga boleh membantu mengatasi malah ini. Bagaimanapun, lakukannya secara rutin.
8) Bersenam Kurangkan Risiko Barah Prostat
Apabila usia kian meningkat, tidak kira wanita atau lelaki mudah terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya jika tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan rutin senaman. Jika wanita berisiko mendapat penyakit barah payudara dan rahim, lelaki pula mudah terdedah kepada penyakit prostat. Prostat terletak di bahagian bawah pundi kencing, prostat mengelilingi utera iaitu saluran yang mengeluarkan urin (air kencing) atau air mani daripada badan. Apabila prostat menjadi besar ia akan menekan uretera dan menyebabkan pengeluaran kencing terhalang. Tanda prostat semakin membesar termasuk susah kencing, sakit ketika kencing dan kerap kencing terutama waktu malam. Antara langkah pencegahannya ialah bersenam secara tetap, berjalan laju kerana ini baik untuk prostat. Selain itu, banyakkan minum air. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
9) Berkuda Juga Membakar Lemak
Menurut American Council On Exercise, berkuda merupakan olahraga yang bagus untuk melatih keseimbangan. Fleksibiliti, kekuatan dan kesihatan kardiovaskular sekali gus. Berkuda dengan teknik yang benar dan dilakukan secara teratur membuat otot paha, perut, punggung, betis dan lengan lebih kuat dan kencang. Malah, kalori yang terbakar per jam juga cukup banyak. Biar pun kuda yang ditunggang hanya menghentak-hentak perlahan, sebanyak 428 kalori akan hilang pada setiap jam. Sebaliknya, sebanyak 526 kalori per jam dapat dibakar sekiranya kuda anda bergerak pantas.
10) Berlari 8 Jam Seminggu Elak Kanser Prostat
Olahraga dan senaman mampu mengelakkan lelaki dari diserang penyakit prostat. Kajian oleh Universiti Harvard terhadap 17 ribu alumninya menunjukkan, senaman seperti berlari 8 jam setiap minggu mampu menurunkan risiko gangguan prostat. Oleh yang demikian, perhatikan diet anda kerana lelaki Asia dikatakan berkemungkinan lebih besar diserang gangguan prostate berbanding lelaki Barat kerana pemakanan mereka mengandungi lebih banyak lemak dan kolesterol yang akan mendorong pembesaran prostat. Selain senaman, lelaki juga perlu membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam diet.
11) Bakar Kalori Dengan ‘Kickboxing’
Menurut Michele Olson Ph.D, yang pernah meneliti jenis olahraga bela diri, ‘kickboxing’ dapat membakar 240 kalori untuk setiap jam, atau bersamaan dengan aktiviti berjalan kaki dan berlari. Gerakannya pantas dan kuat bertenaga dapat meningkatkan refleks, koordinasi otak, dan ketahanan tubuh secara menyeluruh. ‘Kickboxing’ juga berupaya membentuk badan yang cantik dan kuat serta bertindak sebagai pelindung keselamatan diri.
12) Bersenam Untuk Kepuasan Seksual
Berjalan pantas untuk tiga jam seminggu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 40 peratus. Wanita yang melakukan senaman secara berterusan mengurangkan risiko barah payudara sehingga 60 peratus, dua pertiga daripada mereka yang melakukan senaman mengatakan mereka berasa lebih ‘tenang’ selepas melakukan senaman. Selain itu, 25 peratus wanita yang bersenam lebih mudah mencapai orgasme berbanding wanita yang tidak melakukan senaman, satu kesan yang dipercayai disebabkan oleh ‘otot abdomen yang kuat’. Begitu juga dengan lelaki, mereka yang selalu bersenam dapat meningkatkan kepuasan seksual.
13) Kelebihan ‘Step Aerobic’
Seperti latihan aerobik lain, ‘step aerobic’ ternyata berkesan membakar kalori dan melatih jantung. Jika dibandingkan dengan senamrobik biasa, ‘step aerobic’ juga boleh membantu meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik). Fakta ini direkodkan di dalam Journal of Sports Medicine and Physical Fitness. Kajian oleh Baskent University ini dilakukan pada 45 pelajar wanita di Turki, yang dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama mengikuti kelas ‘step aerobic’, kedua melakukan senamrobik biasa selama 45 minit tiga kali semingu dan kumpulan yang ketiga melakukan aktiviti biasa. Hasil kajian mendapati kadar HDL mereka yang melakukan ‘step aerobic’ meningkat, walaupun perbezaannya tidak terlalu ketara dengan kumpulan yang melakukan senamrobik biasa.
14) Menari menguatkan tulang
Aktiviti ini bukan sahaja unik, tetapi juga lengkap. Selain bersifat aerobik, menari juga boleh dianggap sebagai latihan beban. Seperti latihan aerobik, menari mampu membuatkan keupayaan jantung berfungsi dengan lebih baik. Sebagai latihan beban, gerakannya akan menguatkan tulang dan mengencangkan otot paha belakang, punggung, perut dan pinggul. Dengan ini, postur badan anda akan kelihatan lebih cantik.
15) Guna Dumbell Untuk Dapatkan Tubuh Yang Cantik
Latihan menggunakan dumbell merupakan cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Bukan itu sahaja, ia juga membentuk otot-otot badan supaya kelihatan menarik. Penggunaan ‘dumbell’ sudah terbukti dapat membuatkan tubuh tegap dan cantik. Malah, kadar metabolisme dalam badan turut meningkat setelah anda melakukan senaman ini dan ia mampu bertahan sehingga 24 jam. Ketika inilah tubuh badan akan membakar kalori dengan lebih efektif daripada selalu. Selain itu, latihan ini juga mampu membentuk kepadatan tulang dan ini mengurangkan risiko osteporosis.

No comments:

Post a Comment