28 August 2013

OBESITI DAN DIET - 5 Tabiat Yang Menyebabkan Masalah Gemuk







5 TABIAT YANG MENYEBABKAN MASALAH GEMUK!


1.  Makan makanan rendah/bebas lemak
     Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai
     cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk.

     Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori
     didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit.

     Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat.

     Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu
     elak seratus peratus. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan perancangan
     pemakanan yang betul dari pakar.

2.  Tidur terlalu sedikit/banyak
     Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada
     5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali
     ganda.

     Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan
     meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda.

     Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.

3.  Minuman bergas
     Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun
     bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus.

     Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan
     lagi selera makan seseorang.

4.  Elak waktu makan
     Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika
     bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk
     kurus.

     Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk.

     Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan
     metabolisme dan akan merangsang seseorang untuk berasa lapar.

     Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah
     tinggi.

5.  Makan terlalu cepat
     Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association
     mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan
     makan secara berlebihan.

     Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit
     untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan
     yang secukupnya.

     Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.

No comments:

Post a Comment