Mahkamah Buruh merupakan satu sistem quasi-judicial sebagai alternatif kepada tuntutan sivil.
Objektif Mahkamah Buruh adalah untuk menyediakan sistem pengadilan perburuhan yang adil, mudah, cepat dan murah bagi menyelesaikan tuntutan pekerja mengenai gaji dan lain-lain faedah kewangan yang layak dituntut terhadap mereka. Bersesuaian dengan rasional penubuhan sebagai mekanisme pengadilan membantu kebajikan pekerja. Mahkamah Buruh mempunyai ciri-ciri istimewa seperti berikut :
Objektif Mahkamah Buruh adalah untuk menyediakan sistem pengadilan perburuhan yang adil, mudah, cepat dan murah bagi menyelesaikan tuntutan pekerja mengenai gaji dan lain-lain faedah kewangan yang layak dituntut terhadap mereka. Bersesuaian dengan rasional penubuhan sebagai mekanisme pengadilan membantu kebajikan pekerja. Mahkamah Buruh mempunyai ciri-ciri istimewa seperti berikut :
- membicarakan semua tuntutan pekerja tanpa sebarang had dari segi jumlah wang yang hendak dituntut.
- mengamalkan prosiding yang mudah dan tidak formal tetapi bertepatan dengan prinsip-prinsip keadilan yang diikuti oleh Mahkamah-Mahkamah Sivil. Amalan membicarakan kes buruh menurut prinsip-prinsip keadilan peraturan-peraturan Mahkamah Sivil telah diiktirafkan melalui keputusan-keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi.
CepatKes Buruh perlu diselesaikan dalam tempoh satu hingga tiga bulan, bergantung kepada kompleksiti isu dan perundangan yang terbabit. Ia adalah untuk memelihara kebajikan pihak-pihak bertikai dan keharmornian perusahaan. Bagi mencapai maksud tersebut, kes-kes buruh yang telah ditetapkan untuk perbicaraan tidak digalakkan untuk ditangguhkan oleh mana-mana pihak. Di samping itu, tuntutan atau kes buruh yang mudah boleh juga diselesaikan dengan penerangan terperinci oleh pegawai melalui panggilan telefon kepada pihak-pihak tersebut.Mudah
Prosedur pengendalian kes buruh adalah lebih ringkas dan mudah dibandingkan dengan prosedur perbicaraan di Mahkamah Sivil. Tiada borang yang banyak untuk diisikan untuk memudahkan pihak pekerja termasuk yang kurang berpendidikan dan buta huruf memfailkan kes. Jika pengadu tidak dapat memberi butir-butir nama penuh dan alamat pihak kena tuntut, pegawai perlu membantu melengkapkan maklumat dan mengira jumlah tuntutannya dengan menyemak rekod dalam aplikasi Labour Market Database (LMD). Penjelasan perlu diberi kepada pengadu tentang cara kiraan untuk memastikan pengadu memahaminy.
Murah
Pengadu tidak perlu membayar sebarang yuran semasa memfailkan kes buruh. Selain itu, penangguhan kes buruh perlu dielakkan untuk mengurangkan perbelanjaan pengangkutan pihak-pihak bertikai ke Mahkamah Buruh dan mengurangkan pengambilan cuti tanpa gaji oleh pekerja. Pegawai Bicara hendaklah menyelesaikan kes buruh dengan segera supaya pihak-pihak bertikai tidak perlu melantik peguam yang secara tidak langsung menjimatkan belanja.
Diterbitkan: 25 Disember 2013
Terakhir dikemaskini: 22.09.2014
Sumber: http://jtksm.mohr.gov.my/
No comments:
Post a Comment