22 September 2014

MAHKAMAH BURUH MALAYSIA - Bidang Kuasa Mahkamah Buruh





Secara umumnya, kes-kes buruh boleh difailkan oleh pekerja-pekerja yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955.

 Mana-mana orang atau kelas orang:
  • yang termasuk dalam mana-mana kategori di Jadual Pertama Akta Kerja 1955 setakat masa yang ditentukan di dalamnya; atau
  • berkenaannya Menteri membuat suatu perintah di bawah Seksyen 2(3) atau Seksyen 2A Akta Kerja 1955.

A. Seksyen 69 Akta Kerja 1955. Kuasa Ketua Pengarah Untuk Menyiasat Aduan
Pegawai-pegawai yang ditauliahkan oleh Ketua Pengarah diberi kuasa-kuasa khas di bawah Akta Kerja 1955 untuk :
1) menyiasat dan membuat keputusan ke atas sebarang pertikaian di antara pekerja dan majikannya berkenaan gaji dan bayaran-bayaran lain di bawah:
i) sebarang terma kontrak perkhidmatan;
ii) sebarang peruntukan di bawah Akta atau sebarang undang-undang kecilnya; atau
iii) sebarang peruntukan Akta Majlis Penetapan gaji 1947 atau perintahnya
2) mendengar dan membuat keputusan ke atas sebarang tuntutan oleh:
i) seorang pekerja di bawah seksyen 33 Akta Kerja 1955;
ii) seorang kontraktor kecil bagi buruh (subcontractor for labour) terhadap kontraktor atau kontraktor kecil;
iii) seorang majikan terhadap pekerjanya berkenaan bayaran ganti rugi di bawah seksyen 13 (1) Akta Kerja 1955.
3) menyiasat dan mengesahkan atau menolak sebarang keputusan yang dibuat di bawah seksyen 14(1) Akta Kerja 1955.
4) mengenakan faedah atas kadar 8% atau kurang setahun dikira mulai hari ke-31 dari tarikh perintah Mahkamah Buruh Buruh sehingga hari perintah ini dipatuhi.menyiasat dan mengesahkan atau menolak sebarang keputusan yang dibuat di bawah seksyen 14(1) Akta Kerja 1955.
5) mengambil tindakan pendakwaan terhadap majikan atas kegagalan mematuhi keputusan atau perintah Ketua Pengarah yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000/- dan juga denda harian tidak melebihi RM100/- bagi setiap hari kesalahan ini terus berlaku selepas sabitan.
Tuntutan di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955 Pekerja yang bergaji tidak melebihi RM2,000 sebulan dan/atau pekerja buruh kasar tanpa had gaji boleh membuat tuntutan di Mahkamah Buruh. Tuntutan di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955 ini melibatkan tuntutan seperti baki gaji, gaji ganti notis, bayaran gaji kerja lebih masa, faedah penamatan serta faedah-faedah lain yang dinyatakan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan.

B. Seksyen 69B Akta Kerja 1955 – Kuasa Tambahan Ketua Pengarah.
Di bawah seksyen 69B, kuasa Ketua Pengarah di bawah seksyen 69(1)(a) diluaskan untuk meliputi pekerja yang bergaji melebihi RM2,000 hingga RM5,000 sebulan. Bagi maksud seksyen ini “upah” adalah seperti yang ditafsir di seksyen 2 Akta Kerja 1955.Selain daripada Bahagian XV (Aduan dan Penyiasatan) dan Bahagian XVI (Prosedur), peruntukan-peruntukan lain Akta ini tidak terpakai kepada pekerja-pekerja di bawah seksyen 69B.

C. Seksyen 69C Akta Kerja 1955 - Tuntutan Ganti Rugi Untuk Penamatan Kerja Tanpa Notis
Ketua Pengarah boleh menyiasat dan membuat keputusan bagi sebarang tuntutan berkenaan ganti rugi kepada majikan kerana penamatan kerja tanpa notis oleh pekerja.Namun begitu, kuasa Ketua Pengarah adalah terbatas untuk menyiasat, mendengar, atau membuat sebarang perintah terhadap sebarang tuntutan, pertikaian atau yang dianggap pertikaian yang menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967:
i) sedang dalam penyiasatan atau prosiding di bawah Akta tersebut;
ii) telah diputuskan oleh Menteri di bawah Seksyen 20(3) Akta tersebut; dan
iii) telah dirujuk atau sedang dalam prosiding di Mahkamah Perusahaan.

D. Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Buruh
Pihak yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Buruh boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima keputusan tersebut.Ringkasnya, dengan kuasa yang diberi dibawah seksyen 69 dalam Akta Kerja 1955 untuk mendengar dan memutuskan pertikaian, Jabatan menggunakan langkah-langkah mulai dari 1 hingga 17 dalam prosedur  kerja perbicaraan kes buruh. Proses ini berakhir apabila Jabatan mengambil tindakan menguatkuasakan perintah Mahkamah Buruh.


Diterbitkan: 25 Disember 2013




Terakhir dikemaskini: 22.09.2014


Sumber: http://jtksm.mohr.gov.my/

No comments:

Post a Comment