Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

2 August 2013

RAWAT HATI - Jangan Lepaskan 3 Peluang Paling Berharga Dalam Hidup



















3 PELUANG PALING BERHARGA DALAM HIDUP


Saudara, seorang iman yg bijak itu akan sentiasalah mencari peluang mudah untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Justeru itu, orang yg bijak itu tak melepaskan peluang berikut:

1.  Ketika nama Rasulallah (s.a.w.) disebut – sama ada kalimah ‘Rasulallah ‘ 
     atau ‘Nabi’ atau ‘Muhammad’, hendaklah kita sambut dengan ucapan 
     ‘Sallahu-‘alaihi was-sallam’. 

     Jika tidak kita mendapat kerugian yg besar kerana tidak menghormati 
     Nabi (s.a.w). Malah kita tidak akur dgn perintah Allah (s.w.t.) yang 
     menyebutkan bahawa Allah S.W.T. dan para malaikat berselawat atas 
     Nabi (s.a.w), dan hendaklah kita yg Islam dan beriman berselawat 
     atas beliau (Ayat 56, Surah al-Ahzab).

2.  Kedua, kita pasti rugi jika kita sempat hidup dalam bulan Ramadhan, 
     setiap tahun, tidak berpuasa sebaik mungkin dengan penuh keimanan 
     dan dalam berusaha mengharapkan pahala terbanyak, maka di akhir 
     Ramadhan kita tidak di bebaskan dari neraka, kerana di hapuskan Allah 
     (s.w.t.) dosa-dosa kita yang lalu. Orang yg berpuasa dgn tanpa di dasari 
     oleh keimanan dan keinsafan yang tinggi, serta tidak berusaha mencari 
     ganjaran pahala terbaik, malah kekal terjerumus dalam neraka, tidak 
     mendapat syurga. 

3.  Seorang anak yang kedua ibu bapanya masih hidup, tidak mendapat 
     syurga kerana tidak berbuat baik dan menjaga kedua ibubapanya 
     sebaik mungkin, ketika mereka masih hidup. 

     Kerana keredaan Allah (s.w.t.) terletak pada keridaan kedua ibu 
      bapa. Jika murka keduanya, maka Allah (s.w.t.) juga akan murka.


No comments: