Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

12 September 2013

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA - Hak Pekerja Yang Dibuang Kerja

Oleh Faudzil Harun







Terdapat banyak kes di mana pekerja kehilangan pekerjaan antara lain :

1. Majikan menamatkan perkhidmatan pekerja dalam tempuh percubaan;
2. Majikan menematkan perkhidmatan pekerja setelah tempuh percubaan
    tamat;
3. Majikan menematkan perkhidmatan pekerja atas alas an ketidakhadiran;
4. Majikan menamatkan perkhidmatan pekerja atas alas an prestasi kerja
    lemah;
5. Majikan Menamatkan perkhidmatan pekerja atas alas an salahlaku;

Terdapat juga majikan yang menamatkan perkhidmatan pekerja atas alas an tidak lagi mampu membayar upah kepada pekerja.

Ada kalanya majikan menamatkan perkhidmatan pekerja kerana pekerja buka mulut menuntut tanggungjawab majikan terhadap keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka.

Malah terdapat majikan yang menematkan perkhidmatan pekerja kerana majikan tidak sukakan seorang pekerja itu.

Pelbagai terma atau istilah yang digunakan berkaitan perkara ini seperti :

1.   Pekerja di buang kerja;
2.   Pekerja di tamatkan perkhidmatan;
3.   Pekerja dipecat;
4.   Majikan tidak menyambung perkhidmatan pekerja;
5.   Majikan menamatkan kontrak pekerjaan;
6.   Majikan memecat pekerja;
7.   Kontrak perkhidmatan lupus setelah tamat tempuh percubaan;
8.   Kontrak pekerjaan terbatal secara otomatik;

dan pelbagai terma yang di gunakan.

Terma yang digunakan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan adalah Pembuangan Kerja.


Apa Yang Nyata?

Apa yang lebih nyata disini adalah “Pekerja Kehilangan Pekerjaan” dan ia menerangkan bahawa pekerja yang terlibat “Hilang Sumber Pendapatan” setelah kehilangan pekerjaan.

Soalannya disini adalah : Adakah tindakan yang mengakibatkan seorang pekerja itu kehilangan sumber pendapatan itu adil dan munasabah?

Selalunya setelah kehilangan pekerjaan ini berlaku, majikan akan mempertahankan tindakannya dengan pelbagai alasan yang mereka andaikan adil dan munasabah. Di pihak lain, pekerja akan merasa tidak puas hati dan mempertikaikan tindakan majikan yang dianggap tidak adil dan munasabah.


Apakah Hak Pekerja?

Pekerja yang merasa tindakan majikan yang mengakibatkan dirinya kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan bolehlah membuat tuntutan dibawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Pekerjaan, 1967 (Akta 177).

Proses tuntutan adalah seperti berikut :


1.  Seorang pekerja yang dipecat hendaklah membuat representasi secara
     bertulis kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP)
     untuk dipulih semula ke jawatan asalnya (Claim for Reinstatement) dalam
     tempoh 60 hari dari tarikh pemecatannya dan bukan merujuk terus ke
     Mahkamah Perusahaan.


2.  Setelah Pegawai Bertugas di JPP puas hati terdapat kes, maka pekerja
     akan diminta mengisi borang dan mengemukakan kepada JPP.

3.  JPP akan mmberikan tarikh “runding damai”.

4.  JPP akan menghubungi majikan untuk menghadiri sesi runding damai
     di JPP.

5.  Jika runding damai itu gagal mencapai suatu penyelesaian tuntutannya
     akan dirujuk kepada Y.B. Menteri jika perlu merujuk kes tersebut ke
     Mahkamah Perusahaan untuk suatu keputusan.

6.  Bagi kes pembuangan kerja, Yang Di Pertua atau Pengerusi Mahkamah
     akan mengendalikan kes secara berseorangan. Manakala bagi kes
     pertikaian perusahaan, mahkamah akan bersidang dengan Presiden atau
     Pengerusi dan dua orang ahli panel iaitu wakil pekerja dan wakil majikan.


Siapa Yang Berhak Membuat Tuntutan?

Semua pekerja yang bekerja di Malaysia sama ada pekerja itu ahli kesatuan sekerja atau bukan ahli tanpa mengira jumlah upah yang diterima dan termasuk pekerja asing yang bekerja di Negara ini.




1 comment:

Unknown said...

Saya pekerja yg ditindas majikan kerana hasutan pekerja yg dengki dgn sy.. sehingga ada kecuaian sy lakukan mereka terus nk transfer otau turun kn pgkat sy..