Manusia, Manusia, Manusia ......
Pelbagai sifat, tabiat dan perlakuan yang dimiliki Manusia.
Semenjak saya menjalankan tugas sebagai seorang juru perunding, pelbagai kebaikan Manusia yang dapat lihat tak kurang juga karenah pelik mereka.
Kadangkala Manusia berkongsi pengalaman secara jujur dengan saya, ada juga Manusia yang membantu saya dalam usaha membantu Manusia lain.
Kadang kala perbezaan pendapat berlaku namu kami hormati kepercayaan masing-masing.
Namun kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan seorang Manusia yang sangat ego.
Manusia ini menghubungi saya untuk mendapatkan pendapat berkaitan situasinya.
Seperti biasa, saya respon kepada setiap email yang saya terima semenjak bertahun-tahun dulu.
Manusia ini lampirkan maklumat situasinya sama seperti sebuah karangan. Banyak maklumat yang Manusia ini sorokkan.
Oleh kerana banyak situasi, cerita dan soalan yang disampaikan, saya terpaksa memecahkan karangan Manusia ini dalam komponen kecil (point base). Kemudian saya balas emailnya dengan point base. Dalam email balas, saya tuliskan pandangan dan beberapa soalan. Saya juga mengingatkan supaya memberikan salinan dokumen yang saya perlukan supaya saya boleh menelilti situasinya.
Manusia ini menghant email kedua dalam keadaan yang sama, tidak menjawab soalan-soalan saya dan tidak berterus terang memberi maklumat yang saya perlukan.
Saya membalas sekali lagi memberikan beberapa syarat sebelum membuat pertimbangan untuk membantu Manusia ini. Ini adalah kerana Manusia ini masih tidak memberikan maklumat dan dokumen yang saya perlukan.
Manusia ini membalas semula dan berkata, dia telah ceritakan secara ringkas situasinya. Dia berkata saya boleh mengutip maklumat dari karangannya jika saya faham ringkasannya. Manusia ini juga berkata Repot Polis pun macam itu.
Kemudian Manusia berkata dia tak perlukan bantuan saya semata-mata dan dia boleh rujuk kepada pihak yang lebih pakar dan berkemampuan.
Saya tidak membalas email Manusia ini.
Mungkin Manusia ini sedang stres menghadapi dugaan Tuhan. Saya juga berdoa agar segala urusan Manusia ini akan dipermudahkan, Insya Allah.Saya juga berdoa Manusia ini mendapat ketenangan hati dan akan membuang ego dirinya meningkatkan tahap kepercayaan kepada dirinya sendiri dan kepada Manusia lain di sekelilingnya.
________________________________________________
Perlu diketahu bahawa dokumen yang lebih penting seperti Court Awards dan Affidavit adalah "Public Document"
"Hanya Manusia yang berkualiti akan menghasilkan kerja yang berkualiti"
No comments:
Post a Comment