Oleh Faudzil Harun
APA BERLAKU BILA KEPERCAYAAN KARUT DAN ADAT MENGATASI HUKUM AGAMA?
Situasi menjadi kritikal akibat kemahuan mengadakan majlis besar, hantaran 17 dulang, pelamin dan andaman yang beribu ringgit, majlis berinai dengan 5 persalinan baju, kek 5 tingkat, "goody bag" yang banyak, kad jemputan yang kilat dan berbau wangi, perabut serba baru, langsir tebal, cat rumah, "renovate" rumah dn macam-macam lagi.

APA BERLAKU BILA PIHAK KELUARGA WANITA MEMINTA WANG HANTARAN YANG BANYAK?
Pihak lelaki menjadi stres, cari jalan pinjam bank/koperasi dan kemudiannya tanggung hutang sehingga dah ada 3 orang anak pun hutang masih belum selesai lagi.
Malah ada yang terfikir nak lari dan bernikah di luar negara.
APA BERLAKU BILA MERTUA MENYEBOK M,ASUK CAMPUR SEGALA HAL SELEPAS BERKAHWIN?
Keadaan menjadi kelam kabut. Kedua-dua pasangan suami & isteri menjadi serba salah kerana terpaksa jaga hati Ibu & Bapa dan pasangan masing-masing.
APA BERLAKU DALAM PERINGKAT AWAL SELEPAS BERKAHWIN?
Perangai dan tabiat pasangan Suami-Isteri terlihat. Perselisihan faham berlaku. Jika tidak di tanggani dengan betul, keadaan boleh menjadi kritikal.
LANGKAH BIJAK SELEPAS BERKAHWIN
Berpindah dan tidak tinggal serumah dengan ibu bapa.
Jika berlaku perselisihan faham, bergaduh, Jangan balik ke rumah ibu bapa. Jangan mengadu kepada ibu bapa.
BAGAIMANA BUAT PERUBAHAN?
Ubah kepercayaan. Utamakan Hukum Agama. Nikahkan anak dengan niat memenuhi tuntutan agama. Jangan kahwinkan anak kerana mahukan pujian dari orang. Jangan pedulikan apa orang nak kata. Bantu anak pelajari hukum, adab dan kaedah menanggani situasi kritikal. Doakan anak, menantu dan besan. Selepas anak berkahwin, ibu bapa jangan menyebok masuk campur semua urusan anak & menantu.
No comments:
Post a Comment